Kadar harga terkini bayaran zakat fitrah 2019 seluruh negeri di Malaysia

harga zakat fitrah

Bulan Ramadhan wajib dilunasi dengan memberikan sedikit harta kekayaan yang dimiliki menerusi pemberian zakat fitrah kepada orang miskin yang hakikatnya sentiasa merasai keperitan.

Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan. Waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

Pembayaran Zakat Fitrah lebih sesuai dilakukan sepanjang Ramadan kerana kesibukan seseorang mungkin menyebabkan mereka tidak sempat menunaikannya atau terlupa menunaikannya.

Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan. Zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan itu.

Zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa. Sekiranya seseorang itu terlupa, maka hendaklah segera menunaikannya walaupun sudah terlepas waktunya dan memohon ampun kepada Allah SWT diatas kelalaiannya.

Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun Ini Seluruh Negeri Di Malaysia

Kadar zakat fitrah biasanya ditetapkan pihak berkuasa agama menjelang Ramadan dan ia kadangkala berbeza mengikut negeri kerana kaedah penentuan dibuat menerusi gred beras untuk sesuatu masa.

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2019 bersamaan 1440 Hijrah seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH SELURUH NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 2019/1440H
Negeri 2019 2018
negeri perlis Perlis RM7.00 RM7.00
negeri kedah Kedah RM7.00 RM7.00
negeri penang Pulau Pinang RM7.00 RM7.00
negeri perak Perak RM7.00 RM7.00
negeri selangor Selangor RM7.00 RM7.00
n sembilan N.Sembilan RM6.50 RM6.50
negeri melaka Melaka RM7 / RM14 RM6.70
Info Umat Islam di negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7, manakala RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuk beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.
negeri johor Johor RM7 / RM10 RM7.00
Info Kadar RM7 bagi umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan, manakala kadar RM10 bagi yang menjadikan makanan hariannya beras selain jenis Super Tempatan seperti beras wangi dan beras basmathi.
negeri pahang Pahang RM7.00 RM7.00
negeri terengganu Terengganu RM7.00 RM7.00
negeri kelantan Kelantan RM7.00 RM7.00
negeri sarawak Sarawak RM7.00 RM7.00
negeri sabah Sabah RM7.00 RM7.00
 Wilayah Persekutuan
wp kuala lumpur Kuala Lumpur
wp putrajaya Putrajaya
wp labuan Labuan
RM7.00 RM7.00
Close