Kalendar 2020 Malaysia senarai cuti umum dan cuti sekolah

cuti malaysia

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perincian bagi jadual cuti umum, cuti negeri di Malaysia dan cuti serta takwim penggal persekolahan seluruh negeri bagi tahun terkini iaitu tahun 2020 amat diperlukan bagi setiap orang kerana akan berlaku perubahan status dari pelajar, pelatih, bekerja, berkahwin dan ada anak, semuanya memerlukan komitmen dan juga perancangan.

Kalendar dan hari kelepasan AM Persekutuan dan hari kelepasan AM setiap Negeri di Malaysia bagi tahun 2020 akan membantu orang ramai termasuk kakitangan kerajaan, kakitangan swasta membuat perancangan awal yang melibatkan peruntukkan cuti tahunan masing-masing untuk pelbagai kegunaan antaranya percutian bersama keluarga ataupun sebagainya.

Selain itu, Kalendar 2020 juga akan melengkapkan pengurusan masa yang membawa maksud kepada usaha seseorang itu memanfaatkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Untuk itu, masa perlulah diurus secara cekap, tepat, dan berjadual.

Bagi pelajar pula, jadual cuti sekolah dan takwim penggal persekolahan Malaysia Tahun 2020 adalah amat penting. Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang menyediakan jadual waktu belajar masing-masing. Mereka lebih bersedia, terutama semasa menghadapi musim peperiksaan, tidak berasa gementar dan tidak mengalami tekanan perasaan.

Faktor ini disebabkan mereka mempunyai masa yang cukup dan terancang dalam mengulang kaji pelajaran. Persiapan awal mereka, bak kata pepatah ‘Sediakan payung sebelum hujan’, banyak membantu individu pelajar ini mencipta kejayaan dalam pelajaran masing-masing.

Kalendar 2020 Malaysia Senarai Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Serta Takwim Penggal Persekolahan

Perincian perkara-perkara cuti di Malaysia bagi tahun 2020 penting untuk orang ramai untuk membuat semakan kelayakan bercuti masing-masing.

Penjanaan cuti adalah merangkumi hari kelepasan AM Persekutuan dan juga hari kelepasan AM negeri yang betul, tepat dan rasmi.

Oleh itu,  bagi memudahkan orang ramai membuat semakan kelayakan tarikh-tarikh cuti Umum dan Cuti Am mengikut negeri masing-masing terutamanya melibatkan cuti sambutan ataupun perayaan bagi tahun 2020, perkara-perkara cuti telah diperincikan mengikut bulan.

Kalendar serta jadual cuti umum dan negeri ini sekali gus dapat membantu orang ramai merancang tarikh percutian dengan lebih efisen, membuat tempahan tiket penerbangan, memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pertunangan atau perkahwinan atau sebagainya pada tahun 2020.

InfoSekiranya berlaku perubahan dan pindaan rasmi terhadap tarikh cuti yang telah dinyatakan dalam jadual akan dikemaskini dengan kadar segera.

Di bawah merupakan jadual maklumat perincian senarai cuti sambutan dan perayaan merangkumi hari kelepasan AM Persekutuan (cuti umum) dan Hari Kelepasan AM negeri (cuti negeri) di Malaysia serta lampiran kalendar bagi tahun 2020.

PETUNJUK
Cuti Umum – Hari Kelepasan AM Persekutuan
Cuti Negeri – Hari Kelepasan AM Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN JANUARI 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
1 Jan Rabu Tahun Baru 2020 Semua negeri. kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14 Jan Selasa Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
19 Jan Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
 25 Jan Sabtu Tahun Baru Cina Semua Negeri
 26 Jan Ahad Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN FEBRUARI 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
1 Feb Sabtu Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
8 Feb Sabtu Hari Thaipusan Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN MARCH 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
4 Mac Rabu Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
22 Mac Ahad Israk Dan Mikraj Kedah, Negeri Sembilan, Perlis
23 Mac Isnin Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN APRIL 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
10 Apr Jumaat Good Friday Sabah, Sarawak
15 Apr Rabu Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
24 Apr Jumaat Awal Ramadan Johor, Kedah, Melaka
26 Apr Ahad Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN MEI 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
1 Mei Jumaat Hari Pekerja Semua Negeri
7 Mei Khamis Hari Hol Pahang Pahang
7 Mei Khamis Hari Wesak Semua Negeri
10 Mei Ahad Hari Nuzul Al-Quran Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu 
24 Mei Ahad Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
25 Mei Isnin Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) Semua Negeri
30 Mei Sabtu Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah, Labuan
31 Mei Ahad Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah, Labuan
 KALENDAR SENARAI CUTI BULAN JUN 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
1 Jun Isnin Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak
2 Jun Selasa Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak
6 Jun Sabtu Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Semua Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN JULAI 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
7 Jul Selasa Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang (Penang)
11 Jul Sabtu Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang (Penang)
17 Jul Jumaat Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis
22 Jul Rabu Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
30 Jul Khamis Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
30 Jul Khamis Hari Arafah Terengganu
31 Jul Jumaat Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha Semua Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN OGOS 2020
Tarikh Hari Cuti Negeri Bercuti
1 Ogos Sabtu Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha – Hari Kedua Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu
20 Ogos Khamis Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri
31 Ogos Isnin Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) Semua Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN SEPTEMBER 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
16 Sept Rabu Hari Malaysia Semua Negeri
24 Sept Khamis Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN OKTOBER 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
3 Oct Sabtu Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah Sabah
9 Oct Jumaat Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka Melaka
10 Oct Sabtu Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
29 Oct Khamis Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) Semua negeri
 KALENDAR SENARAI CUTI BULAN NOVEMBER 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
6 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
11 Nov Rabu Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 Nov Khamis Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
14 Nov Sabtu Hari Deepavali Semua Negeri Kecuali Sarawak
 KALENDAR SENARAI CUTI BULAN DISEMBER 2020
 Tarikh  Hari Cuti  Negeri Bercuti
11 Dec Jumaat Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Dec Jumaat Hari Krismas Semua Negeri
(Sumber Rasmi)PDFBuka Pautan – Jadual rasmi hari kelepasan AM Persekutuan dan hari kelepasan AM Negeri bagi tahun 2020 Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri
InfoTarikh awal Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Jadual Persekolahan Dan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia
Buka Pautan Kalendar Hijrah Bulan Islam Tahun 2020-1441H Malaysia Dan Tarikh Penting Dalam Islam
Close