Kalendar 2020 Malaysia senarai cuti umum dan cuti sekolah

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 31 Julai 2019 jam 04:00 PM

kalendar 2020 malaysia

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perincian bagi jadual cuti umum, cuti negeri di Malaysia dan cuti serta takwim penggal persekolahan seluruh negeri bagi tahun terkini iaitu tahun 2020 amat diperlukan bagi setiap orang kerana akan berlaku perubahan status dari pelajar, pelatih, bekerja, berkahwin dan ada anak, semuanya memerlukan komitmen dan juga perancangan.

Kalendar dan hari kelepasan AM Persekutuan dan hari kelepasan AM setiap Negeri di Malaysia bagi tahun 2020 akan membantu orang ramai termasuk kakitangan kerajaan, kakitangan swasta membuat perancangan awal yang melibatkan peruntukkan cuti tahunan masing-masing untuk pelbagai kegunaan antaranya percutian bersama keluarga ataupun sebagainya.

Selain itu, Kalendar 2020 juga akan melengkapkan pengurusan masa yang membawa maksud kepada usaha seseorang itu memanfaatkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Untuk itu, masa perlulah diurus secara cekap, tepat, dan berjadual.

Bagi pelajar pula, jadual cuti sekolah dan takwim penggal persekolahan Malaysia Tahun 2020 adalah amat penting. Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang menyediakan jadual waktu belajar masing-masing. Mereka lebih bersedia, terutama semasa menghadapi musim peperiksaan, tidak berasa gementar dan tidak mengalami tekanan perasaan.

Faktor ini disebabkan mereka mempunyai masa yang cukup dan terancang dalam mengulang kaji pelajaran. Persiapan awal mereka, bak kata pepatah ‘Sediakan payung sebelum hujan’, banyak membantu individu pelajar ini mencipta kejayaan dalam pelajaran masing-masing.

Kalendar 2020 Malaysia Senarai Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Serta Takwim Penggal Persekolahan

Perincian perkara-perkara cuti di Malaysia bagi tahun 2020 penting untuk orang ramai untuk membuat semakan kelayakan bercuti masing-masing.

Penjanaan cuti adalah merangkumi hari kelepasan AM Persekutuan dan juga hari kelepasan AM negeri yang betul, tepat dan rasmi.

Oleh itu,  bagi memudahkan orang ramai membuat semakan kelayakan tarikh-tarikh cuti Umum dan Cuti Am mengikut negeri masing-masing terutamanya melibatkan cuti sambutan ataupun perayaan bagi tahun 2020, perkara-perkara cuti telah diperincikan mengikut bulan.

Kalendar serta jadual cuti umum dan negeri ini sekali gus dapat membantu orang ramai merancang tarikh percutian dengan lebih efisen, membuat tempahan tiket penerbangan, memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pertunangan atau perkahwinan atau sebagainya pada tahun 2020.

InfoSekiranya berlaku perubahan dan pindaan rasmi terhadap tarikh cuti yang telah dinyatakan dalam jadual akan dikemaskini dengan kadar segera.

Di bawah merupakan jadual maklumat perincian senarai cuti sambutan dan perayaan merangkumi hari kelepasan AM Persekutuan (cuti umum) dan Hari Kelepasan AM negeri (cuti negeri) di Malaysia serta lampiran kalendar bagi tahun 2020.

PETUNJUK
Cuti Umum – Hari Kelepasan AM Persekutuan
Cuti Negeri – Hari Kelepasan AM Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN JANUARI 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
1 JanRabuTahun Baru 2020Semua negeri. kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14 JanSelasaHari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
19 JanAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
 25 JanSabtuTahun Baru CinaSemua Negeri
 26 JanAhadTahun Baru Cina (Hari Kedua)Semua Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN FEBRUARI 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
1 FebSabtuHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
8 FebSabtuHari ThaipusanKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN MARCH 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
4 MacRabuHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
22 MacAhadIsrak Dan MikrajKedah, Negeri Sembilan, Perlis
23 MacIsninHari Keputeraan Sultan JohorJohor
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN APRIL 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
10 AprJumaatGood FridaySabah, Sarawak
15 AprRabuHari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya BersejarahMelaka
24 AprJumaatAwal RamadanJohor, Kedah, Melaka
26 AprAhadHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN MEI 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
1 MeiJumaatHari PekerjaSemua Negeri
7 MeiKhamisHari Hol PahangPahang
7 MeiKhamisHari WesakSemua Negeri
10 MeiAhadHari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu 
24 MeiAhadHari Raya AidilfitriSemua Negeri
25 MeiIsninHari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)Semua Negeri
30 MeiSabtuPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah, Labuan
31 MeiAhadPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah, Labuan
 KALENDAR SENARAI CUTI BULAN JUN 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
1 JunIsninPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
2 JunSelasaPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
6 JunSabtuHari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongSemua Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN JULAI 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
7 JulSelasaHari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang (Penang)
11 JulSabtuHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang (Penang)
17 JulJumaatHari Ulang Tahun Keputeraan Raja PerlisPerlis
22 JulRabuHari Kemerdekaan SarawakSarawak
30 JulKhamisHari Keputeraan Sultan PahangPahang
30 JulKhamisHari ArafahTerengganu
31 JulJumaatHari Raya Korban /Haji/ AidiladhaSemua Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN OGOS 2020
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 OgosSabtuHari Raya Korban /Haji/ Aidiladha – Hari KeduaKedah, Perlis, Kelantan, Terengganu
20 OgosKhamisAwal Muharram (Maal Hijrah)Semua Negeri
31 OgosIsninHari Kebangsaan (Kemerdekaan)Semua Negeri
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN SEPTEMBER 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
16 SeptRabuHari MalaysiaSemua Negeri
24 SeptKhamisHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
KALENDAR SENARAI CUTI BULAN OKTOBER 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
3 OctSabtuHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri SabahSabah
9 OctJumaatHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri MelakaMelaka
10 OctSabtuHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri SarawakSarawak
29 OctKhamisHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Semua negeri
 KALENDAR SENARAI CUTI BULAN NOVEMBER 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
6 NovJumaatHari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 NovRabuHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
12 NovKhamisHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
14 NovSabtuHari DeepavaliSemua Negeri Kecuali Sarawak
 KALENDAR SENARAI CUTI BULAN DISEMBER 2020
 Tarikh HariCuti Negeri Bercuti
11 DecJumaatHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
25 DecJumaatHari KrismasSemua Negeri
(Sumber Rasmi)PDFBuka Pautan – Jadual rasmi hari kelepasan AM Persekutuan dan hari kelepasan AM Negeri bagi tahun 2020 Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri
InfoTarikh awal Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kalendar Hijrah Bulan Islam Tahun 2020-1441H Malaysia Dan Tarikh Penting Dalam Islam
Buka Pautan Jadual Persekolahan Dan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2020