Siaran langsung keputusan Kedah vs Buriram United 19 Januari 2019 persahabatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Oktober 2019 jam 07:58 PM

Skuad Lang Merah, Kedah bertandang ke Thailand dalam siri perlawanan pra-musim dengan menentang pasukan Buriram United di Stadium Central, Krabi pada hari Sabtu, 19 Januari 2019

Kelab bola sepak Liga Thailand menjadi pilihan buat pasukan Kedah untuk mengadakan perlawanan persahabatan pramusim bagi tahun 2019.

Corak permainan, tahap bola sepak yang berkualiti dan jarak yang tidak terlalu jauh dengan Malaysia merupakan di antara faktor kelab bola sepak Thailand menjadi pilihan.

Aksi perlawanan persahabatan pramusim jelajah Krabi kali ini pastinya akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh bekas jurulatih Home United untuk membina keserasian tatkala jangkaan tinggi peminat untuk melihat Kedah kembali berbisa pada musim 2019 selepas mengharungi kempen suram pada musim lalu.

Selain itu, perlawanan pramusim juga menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain serta mempersiapkan pasukan Kedah untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

Sebagai info kepada penyokong dan peminat setia skuad Lang Merah, Kedah telah merancang 3 buah perlawanan persahabatan dengan bertemu Buriram United FC, Krabi FC dan Suratthani FC bermula 19 hingga 23 Januari 2019

Kedah semestinya akan menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan sebuah skuad yang terbaik bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2019 serta memburu kejuaraan.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS BURIRAM UNITED 19.1.2019 PERSAHABATAN PRAMUSIM
Aksi perlawanan persahabatan pra-musim melibatkan pasukan Kedah melawan Buriram United FC berlangsung pada hari Sabtu bertempat di Stadium Central, Krabi bermula jam 5:30 petang mengikut waktu di Malaysia.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan pra-musim antara Kedah lawan (lwn) Buriram United FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Buriram Utd 20 Kedah
Stadium Chang Arena
Penjaring GolPre-seasonPenjaring Gol
5′ Renan Alves (OG)