Siaran langsung keputusan Kedah vs Home United 26 Januari 2019 persahabatan

Skuad Lang Merah, Kedah melayan kunjungan kelab liga Singapura, Home United FC bagi aksi perlawanan pra-musim yang dijadual berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Setar pada hari Sabtu, 26 Januari 2019.

Sebelum ini, pasukan Kedah telah mengharungi 3 perlawanan persahabatan pramusim di Thailand yang menyaksikan Kedah memenangi dua daripada aksi tersebut iaitu dengan menewaskan Trang FC 3-1 dan Suratthani FC 3-0. Bagaimanapun Kedah tewas 2-0 kepada Buriram United.

Meskipun corak permainan, tahap bola sepak Thailand yang berkualiti namun permulaan yang baik buat pasukan Kedah kerana berjaya menandingi pasukan tersebut dalam aksi persahabatan pra musim ini.

Kini Home United FC menjadi pasukan terakhir buat Kedah bagi menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain serta mempersiapkan pasukan Kedah untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

Kedah semestinya akan menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan sebuah skuad yang terbaik bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2019 serta memburu kejuaraan.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS HOME UNITED FC 26.1.2019 PERSAHABATAN PRAMUSIM
Aksi perlawanan persahabatan pra-musim melibatkan pasukan Kedah melawan Home United FC berlangsung pada hari Sabtu di Stadium Darul Aman, Alor Setar bermula jam 9 malam.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan pra-musim antara Kedah lawan (lwn) Home United FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan Rumah Masa  Penuh Pelawat
Kedah 4 0 Home Utd
Stadium Darulaman
Penjaring Gol Pre-season Penjaring Gol
12′, 16′ Jonatan Bauman
Fernando Rodriguez
Baddrol Bakhtiar
Close