Siaran langsung Kelantan vs Kedah 16 September 2018 Piala Malaysia uPM6

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:40 AM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan terakhir dengan menyaksikan perlawanan ke-6 (uPM6) turut membabitkan pasukan Kelantan menentang Kedah bagi perlawanan kumpulan C yang dijadual berlangsung pada hari Ahad, 16 September 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan C membabitkan Kelantan dan Kedah sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan terbaik dan sengit.

Kelantan sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat merebut 3 mata berharga dalam saingan peringkat kumpulan C Piala Malaysia 2018.

Sementara itu, perlawanan ini diibaratkan misi ‘hidup mati’ buat pasukan Kelantan mahupun mahupun kedah kerana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan C setakat lima perlawanan sebelum ini, Kedah berada di tangga kedua dengan 8 mata namun berkongsi mata dengan pasukan MIFA. Manakala Kelantan pula dikedudukan ke-4 dengan 5 mata.

Kelantan bagaimanapun masih berpeluang ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018 sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan keatas Kedah dalam perlawanan ini dengan jumlah jaringan gol yang besar selain perlu mengharapkan keputusan JDT dan MIFA.

Pertembungan ini akan menjadi pentas kebangkitan oleh kedua-dua pasukan dan sudah tentu menjadi tumpuan kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh Kelantan dan Kedah.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS KEDAH 16.9.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM6)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan terakhir melibatkan pasukan Kelantan melawan Kedah berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-6 kumpulan C Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM6) di antara Kelantan melawan (lwn) Kedah yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Kelantan20Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Penjaring GolKumpulan CPenjaring Gol
52′ Danial Ashraf
90+2′