Siaran langsung keputusan Kedah vs Kuala Lumpur 6 April 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 6 April 2019 jam 10:59 PM

result live kedah kuala lumpur liga super

Persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-8 (LS8) yang turut menyaksikan pasukan Kuala Lumpur melayani kunjungan skuad Lang Merah, Kedah dalam perlawanan tumpuan yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 6 April 2019.

Untuk aksi ini, pasukan Kuala Lumpur semestinya akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata pertama selepas mengharungi tujuh perlawanan Liga sebelum ini tanpa sebarang kemenangan.

Namun, Kuala Lumpur tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Kedah malah mereka perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan skuad Lang Merah yang mampu mencipta kejutan luar jangka dalam usaha mereka mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan untuk terus memberi saingan kepada pasukan JDT dan Pahang yang berada di kedudukan teratas Liga Super 2019.

Sementara, pertemuan Liga Super membabitkan Kuala Lumpur dan Kedah sememangnya menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat tujuh perlawanan sebelum ini menyaksikan Kedah berjaya menempatkan kedudukan mereka di tempat ke-3 Liga dengan 12 mata manakala Kuala Lumpur pula berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang kemenangan dan mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Kedah lwn Kuala Lumpur Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-8 Liga Super Malaysia 2019 (LS8) membabitkan pasukan Kuala Lumpur lawan (lwn) Kedah yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS KUALA LUMPUR 6.4.2019 LS8
Aksi minggu ke-8 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan Kuala Lumpur melawan Kedah berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Tuan Rumah9:00PMPelawat
K.Lumpur Kuala Lumpur FA21Kedah FA Kedah
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol11′, 51′ Paulo JosueFernando Rodríguez 32′Penjaring Gol

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan