Siaran langsung keputusan Kedah vs Melaka United 18 Mei 2019

result live kedah melaka united liga super

Aksi persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-14 (LS14) yang turut menyaksikan Skuad Lang Merah, Kedah melayani kunjungan pasukan Melaka United dalam perlawanan tumpuan yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 18 Mei 2019.

Untuk aksi kali ini, pasukan Kedah perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi memperoleh kemenangan kerana dengan penambahan tiga mata berharga ini dapat mencerahkan peluang menempatkan mereka di kelompok tiga pasukan teratas dalam carta Liga Super 2019.

Bagaimanapun, Kedah tidak seharusnya alpa dan memandang rendah terhadap keupayaan Melaka United malah mereka perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan Melaka United yang sememangnya mampu mencipta kejutan bagi merealisasikan misi memburu kemenangan selepas mempamerkan prestasi yang terbaik pada perlawanan sebelum ini.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan Kedah dan Melaka United pasti menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat 13 perlawanan sebelum ini menyaksikan Kedah dan Melaka United berkongsi 19 mata dengan masing-masing berada dikedudukan ke-4 dan ke-5 liga, hanya dipisahkan perbezaan gol yang memihak kepada Kedah.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Kedah lwn Melaka United Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-14 Liga Super Malaysia 2019 (LS14) membabitkan pasukan Kedah lawan (lwn) Melaka United yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS MELAKA UNITED 18.5.2019 LS14
Aksi minggu ke-14 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan Kedah melawan Melaka United berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
Kedah Kedah FA 2 1 Melaka United Melaka Utd
Stadium Darul Aman
Penjaring Gol Penjaring Gol
Penjaring Gol 61′ Baddrol
Penjaring Gol 71′ Jang Suk-Won (OG)
Milunovic 31′ Penjaring Gol
Close