Siaran langsung Kedah vs Negeri Sembilan 13 Mei 2018

Aksi Liga Super Malaysia saingan minggu kesepuluh (LS10) menyaksikan pasukan Negeri Sembilan menentang Skuad Lang Merah, Kedah dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Ahad, 13 Mei 2018.

Pertemuan Liga Super membabitkan Negeri Sembilan dan Kedah sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik.

Kelebihan awal bagi aksi ini kepada Negeri Sembilan yang bermain digelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk mendapatkan kemenangan sekaligus menambah 3 mata berharga dalam carta Liga Super 2018.

Kedah selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan Negeri Sembilan, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Negeri Sembilan yang mampu mencipta kejutan.

Kedudukan carta Liga Super 2018 setakat sembilan perlawanan yang telah berlalu menyaksikan pasukan Negeri Sembilan berada kedudukan tercorot liga dengan 5 mata hasil daripada satu kemenangan dan satu seri.

Sementara pasukan Kedah pula dengan kutipan 12 mata sekaligus meletakkan pasukan itu di tangga ke-6 Liga setakat sembilan perlawanan.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS NEGERI SEMBILAN 13 MEI 2018 LIGA SUPER
Aksi Liga Super minggu ke-10 (LS10) melibatkan pasukan Negeri Sembilan melawan Kedah berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-10 Liga Super Malaysia 2018 (LS10) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Negeri Sembilan lawan (lwn) Kedah .
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
N.Sembilan12Kedah
Stadium Tuanku Abdul Rahman
Penjaring GolPenjaring Gol
76′ FlávioLiridon 8′
Akhyar Rashid 15′
Close