Siaran langsung keputusan Kedah vs Pahang 19 Oktober 2019

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

result live kedah pahang piala malaysia 2019

Aksi saingan Piala Malaysia 2019 kini berada di peringkat separuh akhir sambil memperlihatkan skuad Lang Merah, Kedah melayani kunjungan pasukan Pahang bagi perlawanan separuh akhir pertama (1) yang telah dijadual berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 19 Oktober 2019.

Pada aksi ini, pasukan Kedah sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia selain mendapatkan jaringan gol sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk di bawa ke saingan separuh akhir kedua yang dijadual berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 26 Oktober 2019.

Namun begitu, Kedah perlu juga berwaspada dengan ancaman barisan serangan Pahang yang sememangnya mampu mencipta kejutan dalam usaha mereka yang mahu meraih keputusan positif di tempat lawan.

Dalam pada itu, pertemuan Piala Malaysia 2019 peringkat separuh akhir pertama membabitkan Kedah dan Pahang sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat mempersembahkan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Kedah Lwn Pahang Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 1

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 membabitkan pertemuan pasukan Kedah lawan (lwn) Pahang yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS PAHANG 19.10.2019 PIALA MALAYSIA SEPARUH AKHIR 1
Aksi separuh akhir 1 Piala Malaysia 2019  melibatkan pasukan Kedah melawan Pahang berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Darulaman, Alor Setar.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
KedahKedah FA33Pahang FAPahang
Stadium Darulaman
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol32′ (P) 39′ Rodriguez
Penjaring Gol90+’ Zaquan Adha
Wan Zaharulnizam 13′ Penjaring Gol
(P) Nwakaeme 26′ Penjaring Gol
Azih Azam 73′Penjaring Gol
LIVE STREAMING KEDAH VS PAHANG 19 OKTOBER 2019 PIALA MALAYSIA SEPARUH AKHIR 1
Aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 melibatkan pasukan Kedah menentang Pahang turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Football Malaysia (Iflix) dan RTM TV1 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Sekiranya perlawanan ini dikongsikan secara siaran langsung atau live streaming di internet melalui Facebook atau Youtube, InfoDweb akan sertakan pautan atau video langsung dalam ruangan di bawah.
VIDEO LANGSUNG LIVE KEDAH VS PAHANG PIALA MALAYSIA 2019
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Keputusan Dan Kedudukan Carta Terkini Piala Malaysia 2019 Serta Jadual Lengkap Perlawanan
Close