Siaran langsung keputusan Kedah vs Pahang 8 Mac 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 8 Mac 2019 jam 09:24 PM

Result Live Kedah Pahang Liga Super

Aksi Liga Super Malaysia 2019 diteruskan serta berada di saingan minggu keenam sambil menyaksikan Pahang melayani kunjungan pasukan Skuad Lang Merah, Kedah bagi perlawanan ke-6 (LS6) yang telah dijadual untuk kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 8 Mac 2019.

Untuk aksi ini, pasukan Pahang semestinya akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata berharga yang akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam kelompok pasukan teratas Liga Super 2019.

Meskipun mempunyai kelebihan, Pahang tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Kedah malah mereka perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan Kedah yang mampu mencipta kejutan luar jangka dalam usaha mereka mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan Pahang dan Kedah sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat lima perlawanan sebelum ini menyaksikan Pahang berjaya menempatkan kedudukan mereka di tempat ke-2 Liga dengan 11 mata manakala Kedah pula di kedudukan ke-3 juga dengan kutipan 11 mata namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Kedah Lwn Pahang Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-6 Liga Super Malaysia 2019 (LS6) membabitkan pasukan Pahang lawan (lwn) Kedah yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS PAHANG 8.3.2019 LIGA SUPER (LS6)
Aksi Liga Super minggu keenam (LS6) melibatkan pasukan Pahang melawan Kedah berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Tuan RumahLive Result SemasaPelawat
Pahang Pahang FA00Kedah FA Kedah
Stadium Darul Makmur
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol Penjaring Gol
LIVE STREAMING KEDAH VS PAHANG 8 MARCH 2019 LIGA SUPER (LS6)
Aksi membabitkan Pahang menentang Kedah turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Football Malaysia (Iflix) seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya perlawanan ini dikongsikan secara siaran langsung atau live streaming di internet, InfoDWeb (IDW) akan sertakan pautan atau video langsung dalam ruangan di bawah.
VIDEO LANGSUNG LIVE KEDAH VS PAHANG LIGA SUPER 2019 (LS6)
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan