Siaran langsung Kedah vs Perak 13 Januari 2019 Piala Unity Shield

Skuad Lang Merah, Kedah melayan kunjungan Perak bagi perlawanan Unity Shield yang dijadual berlangsung pada hari Ahad, 13 Januari 2019 di Stadium Darulaman Alor Setar.

Sebagai info, Unity Shield merupakan sebuah kejohanan tahunan yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Kejuaraan edisi pertama yang dianjurkan antara kedua-dua badan induk bola sepak itu akan diadakan secara giliran dengan Kedah akan menjadi tuan rumah kali ini, diikuti pertembungan di Perak pada tahun depan.

Kedah pastinya mahu memulakan kempen Liga Malaysia pada tahun ini dengan menjuarai Piala Unity Shield yang julung-julung kali diperkenalkan dengan mempamerkan persembahan bermutu di hadapan penyokong sendiri dan seterusnya menjulang piala yang melambangkan perpaduan antara kedua-dua pasukan.

Perak adalah pasukan kuat yang dibarisi pemain kebangsaan dan jurulatih berkualiti, manakala Kedah boleh dikatakan ada perubahan baharu dengan suasana, semangat dan kombinasi yang berbeza.

Piala Unity Shield tidak berbeza dengan kejohanan-kejohanan utama lain dalam Liga Malaysia dan skuad Bos Gaurus pasti akan bersedia mempamerkan persembahan berkualiti dalam perlawanan ini dengan menurunkan barisan pemain yang terbaik bagi memberi tentangan kepada pasukan Kedah.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS PERAK 13.1.2019 PIALA UNITY SHIELD
Aksi perlawanan Unity Shield melibatkan pasukan Kedah melawan Perak berlangsung pada hari Ahad, bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Darulaman, Alor Setar
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan Unity Shield antara Kedah lawan (lwn) Perak yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
Kedah  2 0  Perak
Stadium Darul Aman
Penjaring Gol Unity Shield Penjaring Gol
68′ Rodriguez
76′ Shahrul Azwari
Close