Siaran langsung keputusan Kedah vs Perak 8 Februari 2019 LS2

Pasukan Perak melayan kunjungan skuad Lang Merah, Kedah dalam aksi Liga Super bagi perlawanan kedua (LS2) yang telah dijadual buat kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 8 Februari 2019.

Mengenai perlawanan ini, Perak semestinya akan memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong selepas mereka tewas pada aksi Piala Sumbangsih di tangan JDT tempoh hari.

Bagaimanapun, Perak perlu berwaspada dengan ancaman jentera serangan Kedah yang mula menunjukkan taring mereka selain Kedah pasti mahu meneruskan rentak kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan PKNP FC di Stadium Darulaman, Sabtu lalu

Sementara itu, pertemuan Liga Super membabitkan Perak dan Kedah sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit selain mahu melihat keberkesanan percaturan barisan pemain oleh jurulatih.

Kedudukan awal pasukan dalam carta Liga Super 2019 menyaksikan Perak berada di tempat ke-10 manakala Kedah pula di kedudukan pertama Liga dengan satu kemenangan tanpa bolos.

KEPUTUSAN SEMASA TERKINI DAN PENUH KEDAH VS PERAK LIGA SUPER 2019 (LS2)

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua Liga Super Malaysia 2019 (LS2) membabitkan pasukan Perak lawan (lwn) Kedah yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS PERAK 8.2.2019 LIGA SUPER (LS2)
Aksi Liga Super minggu kedua (LS 2) melibatkan pasukan Perak melawan Kedah berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Perak, Ipoh.
Tuan Rumah9:00PMPelawat
Perak .. Kedah
Stadium Perak
Penjaring GolPenjaring Gol
LIVE STREAMING KEDAH VS PERAK 8 FEBRUARI 2019 LIGA SUPER (LS2)
Aksi membabitkan Perak menentang Kedah turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Football Malaysia (Iflix) seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya perlawanan ini dipancarkan secara siaran langsung atau live streaming di internet, LamanWeb Info (LWI) akan sertakan pautan atau video langsung dalam ruangan di bawah.
VIDEO LANGSUNG LIVE KEDAH VS PERAK LIGA SUPER 2019 (LS2)
INFO BERKAITAN
Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan
Close