Siaran langsung keputusan Kedah vs PKNS FC 10 Mei 2019

result live kedah pkns fc piala fa

Persaingan Shopee Piala FA Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan pusingan suku akhir kedua yang turut menyaksikan skuad Lang Merah, Kedah menerima kunjungan pasukan PKNS FC dalam perlawanan timbal balik yang telah dijadual berlangsung buat kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 10 Mei 2019.

Untuk aksi terkini ini, pasukan Kedah sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan awal iaitu beraksi di gelanggang sendiri bagi mendapatkan kemenangan ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan kelebihan aggregat 3-1 yang dimiliki selepas mereka berjaya menewaskan PKNS FC pada aksi suku akhir pertama yang lalu.

Sekiranya skuad Lang Merah berjaya merealisasikannya, mereka sekaligus berjaya mara ke peringkat separuh akhir Shopee Piala FA 2019.

Walau bagaimanapun, Kedah perlu juga berwaspada dengan ancaman barisan serangan PKNS FC yang sememangnya akan berjuang bermati-matian untuk memintas aggregat sedia ada yang dimiliki oleh pasukan Kedah.

Dalam pada itu, pertemuan Piala FA 2019 pusingan suku akhir kedua membabitkan Kedah dan PKNS FC pasti menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Kedah lwn PKNS FC Piala FA 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan suku akhir kedua Shopee Piala FA Malaysia 2019 membabitkan pasukan Kedah lawan (lwn) PKNS FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS PKNS FC 10.5.2019 PIALA FA
Aksi suku akhir 2 saingan Piala FA Malaysia 2019 melibatkan pasukan Kedah melawan PKNS FC berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Darulaman, Alor Setar.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
Kedah Kedah FA 1 1 PKNS FCPKNS FC
Stadium Darulaman
Penjaring Gol Penjaring Gol
Penjaring Gol 16′ Bauman (OG) Azmeer Yusof 32′ Penjaring Gol
Pasukan Aggregate Pasukan
Kedah Kedah FA 4 2 PKNS FCPKNS FC
Info Pemenang layak dan mara ke pusingan separuh akhir.
Close