Siaran langsung keputusan Kedah vs Selangor 15 Mei 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 15 Mei 2019 jam 11:49 PM

result live kedah selangor liga super

Aksi persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-13 (LS13) yang turut menyaksikan pasukan Selangor menerima kunjungan skuad Lang Merah, Kedah dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Rabu, 15 Mei 2019.

Pada aksi kali ini, pasukan Selangor sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan awal iaitu beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata penuh yang akan membolehkan mereka memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super 2019.

Walau bagaimanapun, Selangor tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Kedah malah mereka perlu berwaspada dengan tindak balas barisan serangan Kedah yang sememangnya mampu mencipta kejutan dalam usaha mereka yang mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan Selangor dan Kedah sememangnya menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat 12 perlawanan sebelum ini menyaksikan Selangor telah menempatkan kedudukan mereka di tangga ke-4 dengan pungutan 18 mata manakala Kedah pula menghuni kedudukan ke-3 bersama kutipan 19 mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Kedah lwn Selangor Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-13 Liga Super Malaysia 2019 (LS13) membabitkan pasukan Selangor lawan (lwn) Kedah yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS SELANGOR 15.5.2019 LS13
Aksi minggu ke-13 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan Selangor melawan Kedah berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Selangor Selangor FA31Kedah FA Kedah
Stadium Shah Alam
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 34′, 43′, 57′ IfedayoBauman 64′ Penjaring Gol

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan