Siaran langsung Kedah vs Suratthani FC 23 Januari 2019 persahabatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 18 Oktober 2019 jam 09:36 PM

Pasukan Kedah yang bertandang ke Thailand dalam siri perlawanan pra-musim jelajah Krabi meneruskan aksi persahabatan terakhir di Thailand dengan menentang pasukan Suratthani FC di Stadium Central, Krabi pada hari Rabu, 23 Januari 2019.

Kelab bola sepak Thailand menjadi pilihan buat pasukan Kedah untuk mengadakan perlawanan persahabatan pramusim bagi tahun 2019.

Corak permainan, tahap bola sepak yang berkualiti dan jarak yang tidak terlalu jauh dengan Malaysia merupakan di antara faktor kelab bola sepak Thailand menjadi pilihan.

Selain itu, perlawanan pramusim juga menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain serta mempersiapkan pasukan Kedah untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

Kedah semestinya akan menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan sebuah skuad yang terbaik bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2019 serta memburu kejuaraan.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS SURATTHANI FC 23.1.2019 PERSAHABATAN PRAMUSIM
Aksi perlawanan persahabatan pra-musim melibatkan pasukan Kedah melawan Surat Thani FC berlangsung pada hari Rabu di Stadium Central, Krabi bermula jam 6 petang mengikut waktu di Malaysia.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan pra-musim antara Kedah lawan (lwn) Surattahni FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Suratthani03Kedah
Stadium Central
Penjaring GolPre-seasonPenjaring Gol
Jonathan Bauman 34′
Fernando Rodriguez 54′ 
Thanabalan 74′