Siaran langsung keputusan Kedah vs Terengganu FC 12 April 2019

result live kedah terengganu liga super

Persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-9 (LS9) yang turut menyaksikan Skuad Lang Merah, Kedah melayani kunjungan pasukan Terengganu FC dalam perlawanan tumpuan yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 12 April 2019.

Untuk aksi ini, pasukan Kedah semestinya akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata penuh untuk terus memberi saingan dalam misi merebut takhta Liga Super 2019.

Namun, Kedah tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Terengganu FC malah mereka perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan Terengganu FC yang mampu mencipta kejutan luar jangka dalam usaha mereka mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Liga Super 2019.

Sementara, pertemuan Liga Super membabitkan Kedah dan Terengganu FC sememangnya menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat lapan perlawanan sebelum ini menyaksikan Kedah berjaya menempatkan kedudukan mereka di tempat ke-3 Liga dengan 12 mata manakala Terengganu FC pula berada di kedudukan ke-7 bersama kutipan 9 mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Kedah lwn Terengganu FC Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-9 Liga Super Malaysia 2019 (LS9) membabitkan pasukan Kedah lawan (lwn) Terengganu FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS TERENGGANU FC 12.4.2019 LS9
Aksi minggu ke-9 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan Kedah melawan Terengganu FC berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Darulaman, Alor Setar
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Kedah Kedah FA30Terengganu FC Terengganu FC
Stadium Darulaman
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol24′ Jonathan Bauman (P)
Penjaring Gol32′ Zaquan Adha
Penjaring Gol72′ Fernando

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan
Close