Siaran langsung Kelantan vs Kuala Lumpur 22 Mei 2018

Aksi Liga Super Malaysia saingan minggu kesebelas (LS11) menyaksikan pasukan Kuala Lumpur (KL) menentang Kelantan dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 22 Mei 2018.

Pertemuan Liga Super membabitkan Kuala Lumpur dan Kelantan sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kelebihan awal bagi aksi ini kepada Kuala Lumpur yang bermain di gelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat menambah 3 mata berharga dalam carta Liga Super 2018.

Kelantan selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan Kuala Lunpur yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Kuala Lumpur yang mampu mencipta kejutan.

Kedudukan carta Liga Super 2018 setakat sepuluh perlawanan yang telah berlalu menyaksikan pasukan Kuala Lumpur berada di kedudukan kesembilan liga dengan 10 mata hasil daripada tiga kemenangan dan satu seri.

Sementara pasukan Kelantan pula dengan kutipan 8 mata sekaligus meletakkan pasukan itu di tangga kedua tercorot liga setakat sepuluh perlawanan.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS KUALA LUMPUR 22.5.2018 LIGA SUPER
Aksi Liga Super minggu ke-11 (LS11) melibatkan pasukan Kuala Lumpur melawan Kelantan berlangsung pada hari Selasa bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-11 Liga Super Malaysia 2018 (LS11) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Kelantan lawan (lwn) Kuala Lumpur.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
K.Lumpur 5 1 Kelantan
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Penjaring Gol Penjaring Gol
4′, 23′ De Paula
10′ Paulo Josue

78′ Ashri Chuchu
86′ Junior
Shafiq 16′
Close