Siaran langsung Kelantan vs Negeri Sembilan 26 Mei 2018 Liga Super

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:39 AM

Aksi Liga Super Malaysia 2018 saingan minggu kedua belas (LS12) menyaksikan pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 26 Mei 2018.

Pertemuan Liga Super membabitkan Kelantan dan Negeri Sembilan sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kelebihan awal bagi aksi ini kepada Negeri Sembilan yang bermain di gelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat menambah 3 mata berharga dalam carta Liga Super 2018.

Kelantan pastinya tidak gentar untuk berdepan Negeri Sembilan yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Negeri Sembilan yang mampu mencipta kejutan.

Kedudukan carta Liga Super 2018 setakat sebelas perlawanan yang telah berlalu menyaksikan pasukan Kelantan berada dikedudukan ke-11 liga dengan 8 mata hasil daripada dua kemenangan dan dua seri.

Sementara pasukan Negeri Sembilan pula dengan kutipan 5 mata sekaligus meletakkan pasukan itu di tangga tercorot liga setakat sebelas perlawanan.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 26.5.2018 LIGA SUPER
Aksi Liga Super minggu ke-12 (LS12) melibatkan pasukan Kelantan melawan Negeri Sembilan berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-12 Liga Super Malaysia 2018 (LS12) yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Kelantan lawan (lwn) Negeri Sembilan.
Tuan RumahFulltimePelawat
Kelantan02N. Sembilan
 Stadium Tuanku Abdul Rahman
Penjaring GolPenjaring Gol
Alex Moraes 16′
Ángel Guirado 38′