Siaran langsung Kelantan vs PKNP FC 11 Mei 2018

Aksi Liga Super Malaysia saingan minggu kesepuluh (LS10) menyaksikan pasukan Kelantan menentang kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, PKNP FC dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 11 Mei 2018.

Pertemuan Liga Super membabitkan Kelantan dan PKNP FC sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik.

Kelebihan awal bagi aksi ini kepada Kelantan yang bermain digelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada dengan mendapatkan kemenangan sekaligus menambah 3 mata berharga dalam carta Liga Super 2018.

PKNP FC selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan Kelantan, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Kelantan yang mampu mencipta kejutan.

Kedudukan carta Liga Super 2018 setakat sembilan perlawanan yang telah berlalu menyaksikan pasukan Kelantan berada kedudukan kedua terbawah liga dengan lapan mata hasil daripada 2 kemenangan, dua seri dan selebihnya tewas.

Sementara pasukan PKNP FC pula dengan kutipan 11 mata sekaligus meletakkan pasukan itu di tangga ke-7 setakat sembilan perlawanan.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS PKNP FC 11 MEI 2018 LIGA SUPER
Aksi Liga Super minggu ke-10 (LS10) melibatkan pasukan Kelantan melawan PKNP FC berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9:00 malam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-10 Liga Super Malaysia 2018 (LS10) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Kelantan lawan (lwn) PKNP FC .
RESULT LIGA SUPER MATCHDAY 10 | 11/5/2018 Jumaat
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
Kelantan 1 2 PKNP FC
Stadium Sultan Muhammad IV
Penjaring Gol Penjaring Gol
75′ Imran Samso Hafiz Ramdan 61′
Shahrel Fikri 83′
Close