Siaran langsung keputusan Kelantan vs Selangor United 2 Februari 2019 Liga Premier

Pasukan kelab Bola Sepak Selangor United dan Kelantan masing-masing memulakan saingan Liga Premier Malaysia musim 2019 dalam perlawanan saingan minggu pertama (LP1) yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 2 Februari 2019.

Perlawanan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit selain mahu melihat keberkesanan percaturan barisan pemain oleh jurulatih.

Kelebihan awal bagi aksi ini kepada Selangor United yang bermain di gelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan dengan harapan dapat menambah 3 mata pertama dalam carta Liga Perdana 2019.

Kelantan selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan Selangor United yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Selangor United yang mampu mencipta kejutan.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS SELANGOR UNITED 2.2.2019 LIGA PERDANA
Aksi Liga Perdana minggu pertama (LP 1) melibatkan pasukan Selangor United melawan Kelantan berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 4:45 petang bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan pertama Liga Premier Malaysia 2019 (LP1) membabitkan pasukan Kelantan lawan (lwn) Selangor United yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
Selangor Utd 1 0 Kelantan
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Penjaring Gol Penjaring Gol
23′ Nikita
INFO BERKAITAN
Kedudukan Carta Terkini Liga Premier Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan
Close