Keputusan kedudukan pemenang Gegar Vaganza 2018 final

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 10:53 AM

Program realiti, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) kini berada peringkat akhir sambil menyaksikan enam peserta akan bersaing di konsert akhir bagi merebut gelaran juara Gegar Vaganza 2018 musim kelima.

Peserta akhir Gegar Vaganza yang akan berentap di konsert akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya, Zamani dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Pada konsert akhir Gegar Vaganza 2018 semua peserta akan bersaing dengan dua tugasan iaitu menyampaikan sebuah lagu bersama pasangan duet masing-masing dan berentap sesama sendiri dalam Battle Rap.

Berikut adalah senarai lagu dan pasangan duet bagi peserta akhir dan lagu dalam Battle Rap Gegar Vaganza 2018

PASANGAN DUET DAN LAGU
PESERTA DAN PASANGAN DUETLAGU
Noryn Aziz (Awi Rafael)Laskar Cinta (Dewa 19) 
Amelina (Bob AF)The Power Of Love (Celine Deon)
Dia Fadila (Ajai)Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti)
Maya (Ernie Zakri)Nisan Cinta (Jaclyn Victor & Siti Nordiana)
Zamani (Ameng)Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & Dato’ M Nasir)
Billy Zulkarnain (Idayu)Curiga (Ning Baizura)
BATTLE RAP
PESERTA DAN PASANGAN DUETLAGU
Noryn Aziz vs Dia FadilaWhere is The Love? (The Black Eyed Peas)
Amelina vs MayaTeman Pengganti (Black & Malique)
Billy Zulkarnain vs ZamaniBunga (Altimet)

Gegar Vaganza musim kelima telah bersiaran bermula pada 30 September 2018 dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juara Gegar Vaganza 2018 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Rancangan Popular Gegar Vaganza mula diperkenalkan pada tahun 2014 dengan penglibatan 12 penyanyi profesional dan berpengalaman bersaing merebut gelaran juara.

Musim pertama program Gegar Vaganza menyaksikan Ayai muncul sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga) dan Aishah (musim keempat).

Siapakah yang akan dinobatkan selaku Juara Gegar Vaganza 2018 bagi musim kelima? sama-sama kita nantikan keputusan di konsert akhir yang berlangsung pada 18 November ini.

Berikut adalah senarai kedudukan pemenang serta Juara Gegar Vaganza 2018.

KEDUDUKAN PEMENANG JUARA GEGAR VAGANZA 2018
KEDUDUKANPEMENANGHADIAH
JuaraNoryn AzizRM100,000
Naib JuaraDia FadilaRM50,000
Ke-3ZamaniRM30,000
Ke-4AmelinaRM20,000
Ke-5MayaRM15,000
Ke-6Billy ZulkarnainRM10,000