Senarai peserta dan keputusan Gegar Vaganza 2019 GV6

peserta gegar vaganza 2019

Program realiti, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) kini kembali menemui peminat dan penonton bagi musim keenam pada tahun 2019 (GV6) yang akan menyaksikan persaingan 11 peserta solo dan dua lagi mewakili kumpulan serta duo.

Dalam pada itu, Gegar Vaganza 2019 musim keenam (GV6) turut mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang selaku juri tetap.

Perebutan gelaran juara Gegar Vaganza 2019 (GV6) antaranya membabitkan peserta lelaki dan wanita terdiri daripada penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Wann, Noorshila Amin, Feeza, Mazleela, dan Nurfatima.

Sementara itu, peserta lelaki dalam Gegar Vaganza 2019 disertai oleh Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Ameer Sofazr dan Jatt Black Dog Bone selain yang turut akan memberi persaingan kepada peserta solo adalah kumpulan One Nation Emcee dan pasangan duo, Kool.

Gegar Vaganza 2019 atau lebih mudah disebut GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober 2019 secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), serta disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Juara Gegar Vaganza 2019 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Rancangan Popular Gegar Vaganza mula diperkenalkan pada tahun 2014 dengan penglibatan 12 penyanyi profesional dan berpengalaman bersaing merebut gelaran juara.

Musim pertama program Gegar Vaganza menyaksikan Ayai muncul sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Aishah (musim keempat) dan Noryn Aziz (musim kelima).

Susunan Peserta Dan Keputusan Mingguan Gegar Vaganza 2019 GV6

Berikut adalah susunan senarai lengkap kesemua peserta yang bertanding dalam Gegar Vaganza 2019 bersama dengan keputusan penyingkiran dari minggu ke minggu sepanjang rancangan popular Gegar Vaganza (GV) berlangsung.

SENARAI LENGKAP PESERTA GEGAR VAGANZA 2019 (GV6)
Solo
WannNaqiu Boboy
FeezaAmeer Sofazr
NurfatimaSham Visa
Noorshila Amin Roy
MazleelaHady Mirza
Jatt (Black Dog Bone)
Kumpulan
One Nation EmceeKool
VIDEO PENGUMUMAN PESERTA GEGAR VAGANZA 2019 (GV6)
KEPUTUSAN PENYINGKIRAN GEGAR VAGANZA 2019 (GV6)
KONSERTTERSINGKIR
Gegar Vaganza 2019 Minggu 1?
Gegar Vaganza 2019 Minggu 2?
Gegar Vaganza 2019 Minggu 3?
Gegar Vaganza 2019 Minggu 4?
Gegar Vaganza 2019 Minggu 5?
Gegar Vaganza 2019 Suku Akhir?
Gegar Vaganza 2019 Separuh Akhir?
KEDUDUKAN PEMENANG DAN JUARA GEGAR VAGANZA 2019
KEDUDUKANPEMENANGHADIAH
Juara?RM100,000
Naib Juara?RM50,000
Ke-3?RM30,000
Ke-4?RM20,000
Ke-5?RM15,000
Ke-6?RM10,000
Close