Senarai peserta Gegar Vaganza 2019 musim keenam (GV6)

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 06:03 AM

Program realiti, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) kini kembali menemui peminat dan penonton bagi musim kelima pada tahun 2018 (GV5) sambil menampilkan beberapa kelainan antaranya penyertaan dari peserta berkumpulan yang akan bersaing bersama peserta solo.

Dalam pada itu, Gegar Vaganza 2018 musim kelima (GV5) turut mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap.

Penyertaan peserta berkumpulan adalah terdiri daripada kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain yang akan memberi persaingan kepada peserta solo lain.

Bagi peserta solo pula, Gegar Vaganza 2018 turut membariskan nama besar lain seperti Amelina dan Zamani serta penyanyi yang memiliki vokal hebat iaitu Dia Fadila, Noryn Aziz dan Safura Yaacob sekali gus akan mengembalikan nostalgia zaman populariti mereka kepada peminat.

Senarai 12 peserta Gegar Vaganza 2018 dilengkapkan oleh penyanyi Hetty Sarlene, Farahwahida , Shafie Rio dan Maya Matahari.

Gegar Vaganza 2018 atau lebih mudah disebut GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September 2018 secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), serta disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Juara Gegar Vaganza 2018 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Rancangan Popular Gegar Vaganza mula diperkenalkan pada tahun 2014 dengan penglibatan 12 penyanyi profesional dan berpengalaman bersaing merebut gelaran juara.

Musim pertama program Gegar Vaganza menyaksikan Ayai muncul sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga) dan Aishah (musim keempat).

SENARAI LENGKAP PESERTA GEGAR VAGANZA 2018 (GV5)
KumpulanAnggota
EliteAzza
Sasha
Linda
ForteenAriz
One
Izzue Islam
Ameer
Billy ZulkarnainNine
Billy
Solo
Hetty SarleneAmelina
FarahwahidaDia Fadila
SafuraNoryn Aziz
MayaShafie Rio
Zamani
KEPUTUSAN PENYINGKIRAN GEGAR VAGANZA 2018 (GV5)
KONSERTTERSINGKIR
Gegar Vaganza 2018 Minggu 1Tiada
Gegar Vaganza 2018 Minggu 2Safura
Gegar Vaganza 2018 Minggu 3Elite
Gegar Vaganza 2018 Minggu 4Shafie Rio
Gegar Vaganza 2018 Minggu 5Tiada
Gegar Vaganza 2018 Suku AkhirFarahwahida
Gegar Vaganza 2018 Separuh AkhirForteen & Hetty Sarlene
KEDUDUKAN PEMENANG JUARA GEGAR VAGANZA 2018
KEDUDUKANPEMENANGHADIAH
JuaraNoryn AzizRM100,000
Naib JuaraDia FadilaRM50,000
Ke-3ZamaniRM30,000
Ke-4AmelinaRM20,000
Ke-5MayaRM15,000
Ke-6Billy ZulkarnainRM10,000