Keputusan penuh dan terkini PRK Cameron Highlands 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 17 Februari 2019 jam 02:50 PM

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands (P.078) yang diadakan pada hari Sabtu bersamaan 26 Januari 2019 menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran, Barisan Nasional (BN) Ramli Md Nor dan dua calon BEBAS iaitu Wong Seng Yee serta Sallehudin Ab Talib.

PRK Cameron Highlands diadakan semula selepas kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) telah diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu.

Mengenai PRK Cameron Highlands Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 70 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar akan keluar mengundi dengan keputusan penuh dan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands (P.078) dijangka akan diketahui sebelum atau pada jam 10 malam hari yang sama.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada PRK Cameron Highlands kali ini, seramai 32,009 orang layak mengundi, termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir dan 385 pengundi kurang upaya.

PRK Cameron Highlands kali ini adalah yang kelima selepas PRU-14 dengan tiga daripadanya membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor, serta PRK Parlimen Port Dickson.

CALON BERTANDING PRK CAMERON HIGHLANDS PAHANG 2019
KEPUTUSAN PRK CAMERON HIGHLANDS 2019 TERKINI, PENUH DAN RASMI
Calon Parti Jumlah Undi
M. Manogaran PH8,800
Ramli Mohd Nor BN12,038
Wong Seng Yee BEBAS276
Sallehudin Ab Talib BEBAS314
Pengundi BerdaftarJumlah UndiPeratus Keluar Mengundi
32,00921,42868.79%
Undi Rosak
568
KEPUTUSAN RASMI PEMENANG PRK CAMERON HIGHLANDS 2019 P078
PemenangPartiMajoriti
Ramli Mohd Nor BN3,238