Keputusan terkini PRK Port Dickson 2018

Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi (P132) Parlimen Port Dickson diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya iaitu Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke Parlimen.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima tentangan oleh enam lagi calon terdiri daripada Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Bebas yang turut bertanding bagi mendapatkan kerusi P132 Parlimen Port Dickson.

Berikutan itu, PRK Port Dickson 2018 sekaligus menyaksikan pertandingan 7 penjuru, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi kerusi Parlimen Port Dickson berdasarkan keputusan beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini yang memihak kepada PKR.

Perebutan kerusi Parlimen Port Dickson tidak disertai oleh Barisan Nasional (BN) yang dikhabarkan memboikot PRK ini dengan tidak meletakkan calonnya kerana menganggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongkan semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, penyandang kerusi Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah Danyal telah memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 9 Mei setelah mendapat 36,255 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V S Morgan yang memperolehi 18,515 undi dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Port Dickson diadakan pada hari Sabtu 13 Oktober 2018. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjangkakan peratus keluar mengundi sebanyak 70%.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), seramai 12,009 pengundi berumur 21-29 tahun, 18,512 (30-39 tahun), 15,568 (40-49 tahun), 13,881 (50-59 tahun), 9,680 (60-69 tahun), 4,406 (70-79 tahun) dan 308 pengundi berumur lebih 90 tahun terlibat dengan pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson (P132) 2018.

KRONOLOGI PRK PARLIMEN PORT DICKSON 2018  P132
Perkara Tarikh
Penamaan Calon 29 September 2018
Mengundi Awal 9 Oktober 2018
Hari Pengundian umum PRK Port Dickson 13 Oktober 2018
SENARAI PARTI YANG BERTANDING DI PRK PORT DICKSON P132
 PH  PAS  BEBAS
KEPUTUSAN TERKINI DAN RASMI PRK PARLIMEN PORT DICKSON 2018 P132
Calon Parti Jumlah Undi
Dato’ Seri Anwar Ibrahim  PH 31,016
Mohd Nazari Mokhtar  PAS 7,456
Tan Sri Mohd Isa Abd Samad  BEBAS 4,230
Stevie Chan Kee Leong  BEBAS 337
Lau Seck Yan  BEBAS 214
Kan Chee Yuen  BEBAS 154
Saiful Bukhari Azlan  BEBAS 82
Pengundi Berdaftar Jumlah Undi Peratus Keluar Mengundi
. . 58.25%
Undi Rosak
598
KEPUTUSAN RASMI PEMENANG PRK PORT DICKSON 2018 P132
Pemenang Parti Majoriti
Datuk Seri Anwar Ibrahim  PH 23,560
Close