Keputusan penuh dan terkini PRK DUN Semenyih 2019 Selangor

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 7 Mac 2019 jam 02:48 PM

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Selangor 2019 diadakan berikutan penyandangnya iaitu Bakhtiar Mohd Nor, meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan rasmi telah menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.24 Semenyih pada 16 Februari 2019 dan hari mengundi pada 2 Mac 2019.

Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon daripada Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Bakhtiar, menang kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 8,964 apabila memperolehi 23,428 undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi berdaftar bagi DUN N24 Semenyih adalah sebanyak 54,503 pengundi.

Dalam jumlah itu, jumlah pengundi Melayu merupakan yang terbesar iaitu 36,857 pengundi (69.2 peratus), Cina 8,939 (16.8 peratus) dan India 7,062 (13.3 peratus).

Memandangkan peratusan jumlah pengundi Melayu melebihi jumlah pengundi bukan Melayu, maka secara kasarnya, boleh dibuat kesimpulan bahawa undi Melayu mampu menentukan keputusan PRK Semenyih.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengumumkan hari penamaan calon telah ditetapkan pada 16 Februari 2019, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari 2019.

Keputusan PRK DUN Semenyih Selangor 2019 Terkini Dan Rasmi

Berikut adalah keputusan terkini dan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Selangor yang berlangsung pada 2 Mac 2019 melibat calon-calon dari parti-parti yang bertanding.

KEPUTUSAN PRK DUN SEMENYIH 2019 TERKINI, PENUH DAN RASMI
Calon Parti Jumlah Undi
Zakaria Bin Hj Hanafi BN19,780
Muhammad Aiman Bin Zainali PH17,866
Nik Aziz Afiq Abdul PSM841
Kuan Chee Heng BEBAS725
Pengundi BerdaftarJumlah UndiPeratus Keluar Mengundi
.39,21873.24%
Undi Rosak
650
KEPUTUSAN RASMI PEMENANG PRK DUN SEMENYIH 2019
PemenangPartiMajoriti
Zakaria Bin Hj Hanafi BN1,914 Undi