Keputusan terkini undi Tun M Parlimen Langkawi PRU 14 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:57 AM

Kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berlangsung pada 9 Mei 2018 mendapat perhatian apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dalam saingan tiga penjuru menentang penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Nawawi Ahmad, dan calon PAS, Zubir Ahmad.

Parlimen P. 004 Langkawi merupakan kerusi paling panas, apabila Tun M masuk semula ke gelanggang politik negara dengan mengemudi pakatan pembangkang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertaruhkan modal jasa dan khidmat baktinya selama mentadbir negara dan juga arkitek pembangunan pulau peranginan bebas cukai itu bagi menumbangkan BN.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bertanding sebagai calon PKR (Pakatan Harapan).

Reaksi pengundi seluruh Langkawi bertambah rancak sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan jadi calon PKR (Pakatan Harapan) bagi merebut kerusi Parlimen P. 004 Langkawi.

Ada yang yakin beliau akan menang dengan mudah, ada tidak berani suarakan ramalan, tetapi yang ketara, tiada suara berani katakan beliau akan kalah.

Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Datuk Ir Nawawi Ahmad berjaya menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein dengan majoriti besar sebanyak 11,861 undi.

Berikut adalah keputusan terkini dan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membabitkan pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen P. 004 Langkawi.

KEPUTUSAN UNDI RASMI KERUSI PARLIMEN P.004 LANGKAWI PRU14
P.004LANGKAWIPRU14
PartiCalonUndi
 PKRTun Dr Mahathir18,954
 BN Datuk Ir Nawawi10,061
 PASZubir Ahmad5,512
Pengundi BerdaftarJumlah UndiPeratus Keluar Mengundi
42,69734,52782.28%
Undi Rosak
604
PEMENANG P.004 LANGKAWI
PemenangPartiMajoriti
Tun Dr Mahathir PKR8,893