Contoh jawapan soalan tugasan kerja kursus Geografi PT3 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:48 AM

Instrumen pelbagai bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2019 akan bermula pada bulan Julai di mana calon-calon dikehendaki melaksanakan tugasan kajian yang akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sekolah masing-masing.

Sebelum calon-calon melaksanakan tugasan tersebut mengikut soalan yang telah diberikan, guru-guru terlibat secara langsung akan memberikan panduan dan bimbingan melalui taklimat yang diadakan di sekolah masing-masing sambil mengharapkan calon-calon PT3 dapat memahami sepenuhnya dan melaksanakan tugasan dengan baik bagi mendapatkan pemarkahan yang cemerlang.

Tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2019 tidak semudah yang disangka kerana kajian ini memerlukan komitmen sepenuhnya daripada calon-calon.

Untuk menyiapkan tugasan atau kerja kursus ini, calon-calon disarankan mencari maklumat secara berkumpulan kerana masing-masing akan berkongsi pendapat dan idea. Bagaimanapun hasil kerja tugasan hendaklah dibuat secara individu.

Penulis di lamanwebinfo akan memberikan maklumat tambahan bagi membantu calon-calon PT3 melaksanakan tugasan kajian dengan jayanya.

TUGASAN PT3 GEOGRAFI 2018
Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda. Guna tanah merujuk kepada semua aktiviti manusia yang mengubah dan menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.
Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:
(3.1) Latar belakang kawasan kajian
(3.2) Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
(3.3) Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
(3.4) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut
(3.5) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji di (3.4)
(3.6) Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
(3.7) Membentangkan laporan hasil kajian tersebut

 

Tajuk Kajian
Penyataan tajuk kajian hendaklah menepati kehendak tugasan selaras dan mengena dengan aspek / isi kandungan / maklumat kajian peta. Perkara utama perlu ada dalam tajuk kajian adalah nama kawasan kajian tersebut.
Penulis sarankan calon-calon dapatkan maklumat lanjut dengan guru terlibat tentang tajuk kajian sebagaimana yang boleh diterima.

TAJUK KAJIAN

Kajian Oleh : _______________

Tingkatan : _______________

No. Kad Pengenalan :____________

Angka Giliran :_______________

Tajuk Kajian Dan Butiran Calon
Tips, Panduan dan Contoh sahaja

 

SENARAI KANDUNGAN
BilPerkaraMuka Surat
1.Tajuk Kajian1
2.Senarai kandungan2
3.Penghargaan3
4.Pendahuluan4
5.Objektif kajian5
6.Kawasan kajian6
7.Kaedah kajian7
8.Dapatan kajian
Latar belakang kawasan kajian
Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah
Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji
Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
9.Rumusan
10.Lampiran
11.Rujukan
Tips, Panduan dan Contoh sahaja.
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada (nama pengetua) selaku pengetua (nama sekolah) kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, (nama cikgu) atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu (nama ayah) dan (nama ibu) yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya terutamanya (nama rakan) kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.

Tips, Panduan dan Contoh sahaja.

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di (nama sekolah).

Saya telah memilih tajuk kajian (tajuk).

Tujuan saya memilih kawasan (kawasan awak) ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya dan sekolah saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang guna tanah ini.

Saya telah menemu ramah dan soal selidik seramai 15 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang latarbelakang kawasan kajian dengan tepat disamping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.

Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut daripada responden.

Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod.

Tips, Panduan dan Contoh sahaja.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan kajian.
(b) Melukis dan mentafsirk peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
(e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut.
Tips, Panduan dan Contoh sahaja
(3.1) LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Mengikut kehendak tugasan, calon-calon boleh mencadangkan kawasan kajian sama ada di tempat tinggal ataupun sekolah.

Oleh itu, calon disarankan memilih kawasan kajian yang tepat kerana ia akan memudahkan calon melaksanakan tugasan. Calon-calon dinasihatkan membuat pemilihan kawasan kajian yang diketahui oleh calon kerana ia dapat membantu calon mengumpul data geografi terutamanya dalam melukis dan mentafsir peta lakar sebab ciri-ciri geografi yang ada di kawasan tersebut calon sudah tahu.

Setelah mengenalpasti kawasan tersebut, calon-calon perlu menyatakan latar belakang kawasan kajian tersebut.

Latar belakang adalah dasar atau asas kepada sesuatu perkara. Latar belakang yang baik harus disusun dengan sejelas mungkin dan bila perlu disertai dengan data atau fakta yang mendukung.

Latar belakang kawasan kajian adalah merangkumi aspek yang berkaitan seperti pembangunan lokasi kajian, penduduk, sosio-ekonomi, guna tanah, perindustrian dan lain-lain.
Contoh penulisan Latar Belakang Kawasan Kajian, penulis sertakan di bawah.

Kawasan kajian saya ialah di Mergong Kedah.

Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Daerah Kota Setar adalah ibu negeri Kedah. Terdapat 34 buah mukim dalam daerah Kota Setar. Salah sebuah mukim yang terdapat dalam Daerah Kota Setar adalah Mergong.

Mergong adalah salah sebuah mukim yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan penduduk. Kawasan Mergong ini adalah sebuah kawasan perindustrian. Sebelum pembinaan kawasan perindustrian ini, kawasan ini kurang menjadi tumpuan penduduk.

Secara keselurahannya, guna tanah di Mergong adalah lebih kepada kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, pertanian dan lain-lain. Kebanyakan kawasan telah dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah sangat penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Selain itu, penduduk dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk. Antaranya adalah kawasan perindustrian Mergong. Kawasan perindustrian Mergong adalah sebuah kawasan yang luas. Ia meliputi lebih 600 buah kilang di kawasan ini. Kawasan perindustrian Mergong ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa 1 dan Fasa 2.

Oleh itu, kawasan perindustrian Mergong ini merupakan sebuah tapak yang sangat luas dengan melibatkan pelbagai kegiatan perindustrian di kawasan tersebut. Terdapat pelbagai jenis industri di Mergong iaitu industri ringan, industri sederhana dan industri berat. Antara contoh industri ringan adalah kilang-kilang membuat bahan makanan seperti gula-gula, keropok dan lain-lain.

Contoh industri sederhana pula adalah kilang papan, kilang perabot, kilang kayu, kilang kapas, kilang kicap, kilang pakaian, dan pelbagai jenis kilang lain. Contoh industri berat yang terdpat di kawasan perindustrian Mergong adalah kilang Sime Tyres, kilang simen, kilang besi dan keluli dan lain lain. Aktiviti kilang di kawasan perindustrian ini membawa pelbagai kesan terhadap penduduk dan alam sekitar.

Kesan-kesan daripada perindustrian ini akan saya nyatakan dalam halaman seterusnya.

Guna tanah untuk kawasan perumahan adalah terhad. Kawasan Mergong ini yang pada asalnya adalah kawasan pertanian merupakan kawasan tumpuan penduduk. Pada Masa sekarang, kawasan ini telah dibangunkan menjadi bandar dan pusat perindustrian.

Oleh itu, tanah yang digunakan untuk tujuan perumahan menjadi semakin kurang. Walaupun kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk, kawasan perumahan ini adalah terhad di sebahagian kawasan sahaja. Ini kerana kebanyakan kawasan telah dibangunkan menjadi pusat ekonomi seperti bandar dan sebagainya.

Kawasan Mergong ini mempunyai jumlah penduduk yang ramai kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang banyak serta taraf hidup penduduknya juga tinggi. Oleh itu, penduduk di kawasan Mergong ini kebanyakannya adalah penduduk yang baru berpindah ke kawasan itu. Ini kerana, kawasan perumahan di Mergong ini boleh dianggap sangat baru. Oleh kerana kawasan Mergong tidak mempunyai tanah yang mencukupi untuk perumahan, rumah-rumah yang dibina adalah rumah jenis level.

Ini adalah kerana masalah kekurangan tanah dan bilangan penduduknya yang ramai. Di kawasan Mergong, terdapat beberapa sekolah yang dibina. Antaranya adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Mergong, Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman ( STAR ) dan Sekolah Menengah Agama Kedah.

Sekolah-sekolah ini terletak berhampiran dengan kawasan perumahan. Semua sekolah ini adalah antara sekolah-sekolah yang utama dan terkenal di Kedah. Selain itu, di kawasan Mergong juga terdapat kawasan pertanian. Pada mulanya kawasan pertanian ini merupakan kawasan pertanian sangat luas.

Kawasan pertanian ini ditanam dengan padi basah. Apabila kawasan mergong mula dibangunkan, tanah-tanah pertanian tersebut diubah kepada pembangunan kawasan perindustrian. tanah-tanah pertanian itu dibeli dan di ambil alih oleh kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang inging menggunakan tanah tersebut. Oleh itu, kawasan pertanian di Mergong mula berkurangan.

Guna tanah lain di kawasan Mergong ini adalah pembinaan kemudahan Perhentian Bas Ekspres di Alor Setar iaitu Perhentian Shahab Perdana. Semua Bas yang datang ke Alor Setar Dari pelbagai tempat seperti Dari Kuala Lumpur, Ipoh dan sebagainya akan berhenti di perhentian ini.

Penulisan sebagai contoh dan panduan sahaja. Sila hasilkan pengenalan latar belakang kawasan kajian berdasarkan kawasan kajian calon sendiri.

(3.2) MELUKIS PETA LAKAR YANG MENUNJUKKAN TABURAN GUNA TANAH DI KAWASAN KAJIAN
(3.3) MENTAFSIR PETA LAKAR YANG MENUNJUKKAN TABURAN GUNA TANAH DI KAWASAN KAJIAN
Sila Klik – Panduan Melukis Dan Mentafsir Peta Lakar Yang Menunjukkan Taburan Guna Tanah Di Kawasan Kajian
(3.4) MENGENALPASTI SATU JENIS GUNA TANAH UTAMA DI KAWASAN KAJIAN DAN MENGHURAIKAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TANAH TERSEBUT
Sila Klik – Mengenalpasti Satu Jenis Guna Tanah Utama Di Kawasan Kajian Dan Menghuraikan Faktor Yang Mempengaruhi Guna Tanah
(3.5) MENGENALPASTI DAN MENGHURAIKAN KESAN GUNA TANAH TERSEBUT TERHADAP ALAM SEKITAR YANG TELAH DIKAJI (3.4)
Tentang bahagian ini, ia berkait rapat dengan perkara di (3.4) di mana calon-calon perlu mengenalpasti dan menghuraikan kesan guna tanah terhadap alam sekitar yang telah dikaji berdasarkan perkara di (3.4)
Mengikut perkara di (3.4) calon dikehendaki mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian, kemudian perlu menghuraikan faktor yang mempengaruhi tanah tersebut.
Sebagai contoh, calon-calon telah mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian seperti petempatan, perindustrian, perniagaan, pendidikan, pelancongan, pertanian ataupun perlombongan. Calon hanya perlu mengenalpasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar berdasarkan satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian sepertimana yang dinyatakan oleh calon di perkara 3.4.
Sila klik Contoh Penulisan – Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar
(3.6) CADANGAN USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI KESAN GUNA TANAH TERSEBUT
Tentang bahagian ini, ia berkait rapat dengan perkara di (3.5) di mana calon-calon perlu memberi cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut di kawasan kajian.
Perkara utama yang perlu difokuskan kesan guna tanah tersebut adalah kesan terhadap alam sekitar iatu Pencemaran Alam Sekitar sepertimana calon menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji di perkara (3.4).
Sila klik maklumat – Cadangan Usaha-Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar