Contoh jawapan soalan tugasan kerja kursus sejarah PT3 2020

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 17 Oktober 2019 jam 10:36 PM

kerja kursus sejarah pt3

Instrumen pelbagai bagi subjek sejarah Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2019 kini bermula di mana calon-calon dikehendaki melaksanakan tugasan kajian.

Tugasan ini tidak semudah yang disangka kerana kajian ini memerlukan komitmen sepenuhnya daripada calon-calon.

Untuk menyiapkan tugasan atau kerja kursus ini, calon-calon disarankan mencari maklumat secara berkumpulan kerana masing-masing akan berkongsi pendapat dan idea. Bagaimanapun hasil kerja tugasan hendaklah dibuat secara individu.

Guru-guru yang terlibat telah memberikan panduan dan bimbingan melalui taklimat yang diadakan di sekolah masing-masing sambil mengharapkan calon-calon PT3 dapat memahami sepenuhnya dan melaksanakan tugasan yang terbaik bagi mendapatkan pemarkahan yang cemerlang.

Cara Buat Dan Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2020

Penulis InfoDWeb (IDW) akan memberikan maklumat tambahan bagi membantu calon-calon PT3 melaksanakan tugasan kajian dengan jayanya.