Siaran langsung konsert Gegar Vaganza 2019 GV6

live konsert gegar vaganza

Konsert Gegar Vaganza (GV) kini kembali menemui peminat serta penonton bagi musim baharu iaitu sudah memasuki musim yang keenam untuk tahun 2019 yang mana penonton akan menyaksikan persaingan 11 peserta solo dan dua lagi mewakili kumpulan serta duo.

Sebagai makluman, Gegar Vaganza 2019 bagi musim keenam (GV6) masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamad sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS serta penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang dilantik sebagai juri tetap untuk memberi penarafan markah kepada semua peserta yang bertanding.

Perebutan gelaran juara Gegar Vaganza 2019 (GV6) antaranya membabitkan peserta lelaki, wanita dan solo iaitu yang terdiri daripada Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Ameer Sofazr dan Jatt Black Dog Bone bagi peserta solo lelaki.

Manakala peserta solo wanita dibarisi oleh penyanyi Wann, Noorshila Amin, Feeza, Mazleela, dan Nurfatima. Selain yang turut akan memberi persaingan kepada peserta solo adalah kumpulan One Nation Emcee dan pasangan duo, Kool.

Juara Gegar Vaganza 2019 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Rancangan Popular Gegar Vaganza mula diperkenalkan pada tahun 2014 dengan penglibatan 12 penyanyi profesional dan berpengalaman bersaing merebut gelaran juara.

Musim pertama program Gegar Vaganza menyaksikan Ayai muncul sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Aishah (musim keempat) dan Noryn Aziz (musim kelima).

Siaran Langsung Live Streaming Konsert Mingguan Gegar Vaganza 2019 GV6

Gegar Vaganza 2019 atau lebih mudah disebut GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober 2019 secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), serta disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

SENARAI LENGKAP PESERTA GEGAR VAGANZA 2019 (GV6)
Solo
WannNaqiu Boboy
FeezaAmeer Sofazr
NurfatimaSham Visa
Noorshila Amin Roy
MazleelaHady Mirza
Jatt (Black Dog Bone)
Kumpulan
One Nation EmceeKool
VIDEO LANGSUNG LIVE KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 (GV6) MINGGU 2
KEPUTUSAN PENYINGKIRAN GEGAR VAGANZA 2019 (GV6)
KONSERTTERSINGKIR
Gegar Vaganza 2019 Minggu 1Tiada
Gegar Vaganza 2019 Minggu 2?
Gegar Vaganza 2019 Minggu 3?
Gegar Vaganza 2019 Minggu 4?
Gegar Vaganza 2019 Minggu 5?
Gegar Vaganza 2019 Suku Akhir?
Gegar Vaganza 2019 Separuh Akhir?
KEDUDUKAN PEMENANG DAN JUARA GEGAR VAGANZA 2019
KEDUDUKANPEMENANGHADIAH
Juara?RM100,000
Naib Juara?RM50,000
Ke-3?RM30,000
Ke-4?RM20,000
Ke-5?RM15,000
Ke-6?RM10,000
Close