Lafaz niat puasa ganti qadha Ramadan serta niat puasa 6 Syawal

niat puasa ganti qadha ramadhan

Wajib bagi seseorang muslim menggantikan puasa Ramadan yang ditinggalkannya apabila dia mampu melakukannya dan ada masa yang terluang sepanjang bulan sebelum datangnya bulan Ramadan yang berikutnya.

Ini bermakna setiap orang Islam yang meninggalkan puasa Ramadan dengan bersebab mempunyai tempoh sebelas bulan untuk menggantikan puasanya, sama ada dia meninggalkan puasanya kerana sakit, musafir, datang haid ataupun keuzuran-keuzuran lain.

Inilah antara kemudahan yang diberikan syarak untuk menggantikan puasanya. Jika dia berkemampuan, eloklah dia menggantikannya dengan segera iaitu di dalam bulan Syawal (selepas bulan Ramadan) atau selepas Syawal.

Tidak syak lagi bahawa segera menggantikannya adalah lebih afdal. Kita digalakkan bersegera melakukan kebaikan.

Manusia tidak tahu bilakah ajalnya akan sampai. Oleh itu dia hendaklah lebih berhati-hati. Menunaikan tanggungjawab dan menggantikan apa yang terluput dapat menjaminnya di akhirat.

Sekiranya telah masuk bulan Syaaban dan dia masih lagi belum menggantikan puasanya, dia hendaklah menggantikannya di dalam bulan Syaaban tersebut kerana bulan Syaaban bulan yang terakhir untuk dia menggantikan puasanya.

Bagi seseorang yang mula sakit pada bulan Ramadan, sehinggalah datang Ramadan yang berikutnya, dia masih lagi sakit, dia tidak mampu untuk mengqadanya kerana kepayahan dan kesusahan. Dalam hal ini, puasa yang tidak sempat diqada itu dikira sebagai hutang tertangguh dan di bawa ke bulan Ramadan yang berikutnya, sehinggalah dia mampu dan kesihatannya mengizinkan dia menggantikan puasanya itu.

Lafaz Niat Puasa Ganti (Qadha) Ramadhan Dan Niat Puasa Enam Bulan Syawal

Berikut disertakan lafaz niat puasa qadha atau puasa ganti Ramadan yang sahih dan tepat besertakan dengan niat puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

LAFAZ NIAT PUASA QADHA (GANTI) RAMADHAN
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu Sauma Ghodin An’ Qada’e Fardhu Ramadhana Lillahi Ta’ala.
Sahaja Aku Puasa Esok Hari Kerana Ganti Fardhu Ramadhan Kerana Allah Taala.
LAFAZ NIAT PUASA ENAM SYAWAL
Untuk bulan Syawal, hari raya pertama sahaja diharamkan berpuasa. Pada hari berikutnya sudah boleh menunaikan puasa sunat enam hari berturut-turut atau berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal tersebut
Niat: Sahaja Aku Berpuasa Sunat Esok Hari Dalam bulan Syawal kerana Allah Taala.
Close