Keputusan lagu layak ke final AJL 34 Anugerah Juara Lagu

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 Oktober 2019 jam 01:14 AM

Bahang kemuncak Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) dijadual berlangsung pada bulan Februari 2019 semakin dirasai apabila senarai 12 lagu yang layak bersaing di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) telah diumumkan.

Senarai lagu finalis tersebut diumumkan pada minggu ketiga pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 33 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) kali ini menyaksikan tidak banyak artis baharu yang mendominasi pentas akhir AJL berbanding tahun sebelumnya (AJL32).

Menjadi perhatian peminat adalah, tiga karya ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong, masing-masing berjudul Hajat, Haram dan Nisan Cinta antara 12 lagu layak bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).

Jika Hajat dinyanyikan sendiri secara solo oleh Hael, Haram pula adalah lagu duetnya bersama Dayang Nurfaizah, manakala Nisan Cinta yang dicipta mereka bersama Mike Chan menyaksikan paduan suara Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.

Sebagai info, Hael dan Ezra ialah pemenang AJL 32 menerusi lagu Jampi.

Program separuh akhir rancangan hiburan popular Separuh Akhir Muzik Muzik 33 selama tiga minggu berturut-turut, bermula 22 November lalu, menyaksikan 30 lagu berentap merebut tempat ke AJL 33.

Karya pada peringkat separuh akhir dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Helen Yap, Edrie Hashim, Ajai, Azmeer, Lok U dan Cat Farish.

Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, rancangan berkenaan turut disiarkan secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan youtube TV3Malaysia.

Berikut adalah senarai finalis bersama lagu mereka yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) yang akan berlangsung pada bulan Februari 2019.

12 LAGU FINALIS AJL33
BilPenyanyiJudul Lagu
1Siti SarahSemakin
2Ara JohariBunga
3SyamelKau Pun Sama
4Misha OmarSampai Bila
5Hael Husaini & DayangHaram
6Khai BaharLuluh
7AltimetBunga
8Haqiem Rusli ft Aman RAJatuh Bangun
9Amylea X KaerTak Pernah Hilang
10Hael Husaini Hajat
11Sufian SuhaimiDi Matamu
12Siti Nordiana & Jaclyn VictorNisan Cinta