Gambar rasmi logo merdeka 2019 dan tema hari kebangsaan Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 2 Oktober 2019 jam 05:57 PM

logo hari merdeka malaysia

Kemerdekaan adalah sesuatu yang amat bermakna. Ia membebaskan diri insan daripada belenggu dan memberi ruang untuk warga sesuatu negara membangunkan negaranya berasaskan acuan sendiri.

Kemerdekaan sewajarnya menyedarkan rakyat mengenai erti kebebasan dan kemakmuran negara. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana melalui kemerdekaan, kita mencapai kegemilangan dalam semua aspek kehidupan.

Tarikh 31 Ogos perlu disambut dengan kesyukuran dan semangat patriotik. Ini kerana kemerdekaan itu adalah kemegahan dan kebanggaan semua rakyat yang perlu dikongsi dan dihayati bersama.

Kedatangan tarikh keramat 31 Ogos diharap dapat memantap dan memperkukuhkan lagi semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

31 Ogos 2019 merupakan sambutan ulang tahun ke-62 kemerdekaan Malaysia yang mempunyai makna mendalam dan hanya mereka yang mengerti dan mempunyai rasa cinta kepada tanah air dapat mentafsirkan maksudnya dengan tepat.

Tidak dinafikan bahawa hari ulang tahun kemerdekaan memang meninggalkan kesan mendalam pada kita semua, terutama di kalangan generasi yang pernah berjuang untuk mencapainya.

Tema Dan Logo Rasmi Hari Kebangsaan Kemerdekaan Malaysia Tahun 2019

Sebagai pengetahuan umum, logo Hari Kemerdekaan yang pertama (1976) telah diperkenalkan oleh Tun Mohd. Ghazali Shafie selaku Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan tahun tersebut.

Seiring dengan Logo, Tema Hari Kebangsaan / Kemerdekaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia malah ia akan menjadi suatu isu yang akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Tema merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam sesuatu kempen agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dapat dihayati dengan cepat dan penuh berprestij oleh rakyat Malaysia.

GAMBAR RASMI LOGO HARI KEMERDEKAAN (KEBANGSAAN) KE-62 TAHUN 2019
logo rasmi merdeka 2019
InfoLogo rasmi ini memaparkan simbol rakyat dalam pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati yang menyatukan mereka.
InfoIa menggambarkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonian, seia sekata, sehati dan sejiwa yang membarakan perasaan sayang kepada negara. Penggunaan warna Jalur Gemilang pula menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.
TEMA HARI KEMERDEKAAN (KEBANGSAAN) KE-62 TAHUN 2019
Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
Info Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ bagi menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
Info Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat keputusan untuk mengekalkan logo rasmi sambutan tahun lalu dengan tambahan tema baharu berkenaan, manakala ‘Malaysia Bersih’ dipilih sebagai lagu utama sambutan kali ini.
Info Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 akan diadakan pada 3 Ogos di Dataran Pahlawan, Melaka. Pemilihan Melaka sebagai lokasi pelancaran adalah berdasarkan faktor sejarah yang mana negeri itu menjadi tempat pengisytiharan kemerdekaan negara pada 20 Februari 1956 di Banda Hilir.
LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN (KEBANGSAAN) KE-62 TAHUN 2019 
SENARAI TEMA HARI KEMERDEKAAN (KEBANGSAAN) MALAYSIA
TahunTema
2018Sayangi Malaysiaku
2017Negaraku Sehati Sejiwa
2016-2015Sehati Sejiwa
2014Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
20121Malaysia. Janji Ditepat
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
20101Malaysia Menjana Transformasi
20091Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008Perpaduan Teras Kejayaan
2007Malaysiaku Gemilang
2006-2000Keranamu Malaysia
1999Bersatu Ke Alaf Baru
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1996Budaya Penentu Kecapaian
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1992Wawasan Asas Kejayaan
1991Wawasan 2020
1990Berjaya
1989-1988Bersatu
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1984Amanah Asas Kejayaan
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1982Berdisiplin Giat Maju
1981Berdisiplin Berharmoni
1980Berdisiplin Berbakti
1979Bersatu Berdisiplin
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
197720 Tahun Bersatu Maju
1976Ketahanan Rakyat
1975Masyarakat Berdikari
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1972Masyarakat Adil
1971Masyarakat Progresif
1970Muhibah dan Perpaduan