Siaran langsung Maharaja Lawak Mega MLM 2019 terkini

Maharaja Lawak Mega 2018 atau MLM 2018 kini kembali menemui penonton kali ini bagi musim ke-7 dengan menampilkan semula beberapa kumpulan lawak terkenal dan gabungan pelawak daripada grup berbeza dalam sebuah kumpulan baharu.

Maharaja Lawak Mega 2018 disertai oleh pelawak-pelawak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura yang boleh dianggap senior dalam kalangan pelawak dan ada juga muka baharu yang terlibat dalam Maharaja Lawak Mega edisi kali ini.

MLM 2018 akan menampilkan 14 peserta dan bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, ‪pukul 10‬ malam bermula 2 November 2018.

Meneruskan tradisi pengenalan barisan juri MLM seperti musim-musim sebelumnya dan pemilik tiga kerusi juri tetap hanya akan diumumkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama nanti.

Sistem pemarkahan masih dikekalkan seperti musim terdahulu iaitu 70 peratus jumlah akan diberikan oleh barisan juri manakala 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi TikTok yang akan dibuka secara rasmi pada 2 November 2018 pukul 10 malam.

MLM 2018 masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara dan pemilihan tema pada musim ini ialah sarkas.

Juara MLM 2018 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000, tempat ketiga RM150,000, tempat keempat RM50,000 dan tempat kelima RM15,000 berserta trofi.

SIARAN LANGSUNG / LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2018
Maharaja Lawak Mega 2018 akan bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 2 November 2018 serta disiarkan secara siaran langsung melalui saluran Astro Warna (132), Mustika HD (134) juga Mustika HD dan Astro GO dan ‘on demand’.
 VIDEO LANGSUNG LIVE MAHARAJA LAWAK MEGA 2018
TEMA MAHARAJA LAWAK MEGA 2018
Sarkas
SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2018
KUMPULAN ANGGOTA
 2B Man dan Weera
 Abata Wannawala, Alham dan Ilham
 Abioso Ami, Mamad dan Sarip
 Bocey Abam, Achey dan Fad
KUMPULAN / SOLO ANGGOTA
 Chilok Achok, Kamal Sumbu dan Chiwan
 Dany Peserta Solo
 Hilmy Ashley Peserta Solo
 Joras Ropie, Joey dan Rahim Sepahtu
KUMPULAN ANGGOTA
 Kiut Shendo, Niezam dan Tapai
 Masin Mamat Bora, Vicha dan Jiggy
 Puteh Ali Mercik dan Mamak
 Shiro Ajak dan Shahrol
KUMPULAN ANGGOTA
 Taman Tauke dan Man
 Zero Atu, Syaiful dan Sharif
Close