Ramadan

Mencari tarikh bila Lailatulqadar di 10 malam terakhir Ramadan

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

tanda malam lailatul qadr

Setiap hari dalam bulan Ramadan pasti akan dirindui oleh orang yang beriman malah kerinduan itu semakin memuncak apabila Ramadhan beransur-ansur menuju pe­ngakhirannya. Bagaimanapun lain bagi golongan yang lalai dan leka dengan permainan dunia pasti tidak akan merasai apa-apa apabila Ramadan meninggalkan mereka.

Umat Islam di dunia ini pasti tahu bahawa Ramadhan adalah bulan yang sa­ngat istimewa berbanding bulan-bulan Islam lain kerana kelebihan dan keunikan bulan tersebut. Ramadan adalah bulan yang penuh de­ngan keberkatan daripada Allah SWT. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang cukup istimewa dan sangat ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman iaitu Lailatulqadar.

Lailatulqadar atau malam Al-Qadr ini dikaitkan dengan 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keistimewaannya.

Antara amalan yang boleh lakukan di dalam bulan Ramadan bagi menghidupkan 10 malam terakhir adalah menghidupkan malam hari de­ngan solat malam iaitu solat sunat seperti tahajjud, taubat, hajat dan sebagainya. Juga memperba­nyakkan berzikir kepada Allah SWT dengan jumlah yang kita mampu.

Mencari Tanda Dan Tarikh Bila Lailatul Qadar Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

Walaupun, kebanyakkan para ulama berbeza pendapat bagi menentukan tarikh tepat Lailatulqadar. Namun mereka ber­sepakat bahawa Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadan iaitu pada 10 malam terakhir.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar yang sering diperkatakan adalah, malam itu tenang, tidak dingin, tidak berawan, tidak hujan, tidak panas, tidak ada angin kencang.

Sudah tentu Allah SWT mempunyai sebab untuk menyembunyikan rahsia malam tersebut daripada pengetahuan manusia. Salah satu daripada sebabnya adalah untuk menggalakkan manusia bersungguh-sungguh beribadah sepanjang masa dalam bulan Ramadan tanpa mengira hari-hari tertentu dengan harapan agar dipertemukan dengan malam yang teragung iaitu Lailatulqadar.

10 Ramadhan 2019

Related Articles

Close