Tarikh bila malam nisfu syaaban 2020 dan amalan

malam nisfu syaaban jakim

Umat Islam digalakkan bertaubat dan memohon keampunan Allah atas segala dosa selama ini. Ramai yang tidak menyedari bahkan alpa dengan dosa-dosa yang dilakukannya saban waktu.

Dosa yang dilakukan semakin hari semakin bertambah ter­utamanya dosa-dosa kecil hasil perbuatan manusia sama ada melalui percakapan, penglihatan, pendengaran atau perbuatan.

Semua dosa ini sebenarnya menjadi titik-titik hitam yang menyebabkan hati menjadi semakin keras. Natijahnya, individu terbabit akan jauh daripada petunjuk Allah.

Dalam kalendar hijrah Islam, bulan Syaaban merupakan antara bulan yang dipenuhi dengan beberapa kelebihan seperti yang dinyatakan di dalam beberapa hadtih sahih.

Dalam kelebihannya, terlebih istimewa dengan adanya satu malam yang dikhaskan oleh Allah SWT dengan tawaran pengampunan daripada Allah SWT. Malam tersebut dikenali sebagai malam ke separuh bulan Syaaban atau disebut malam nisfu Sya’ban.

Sehubungan dengan Umat Islam di Malaysia mahupun diseluruh dunia harus memanfaatkan tawaran pengampunan Allah SWT selain mengukuhkan perpaduan sesama Islam dan mengusahakan perdamaian dan penyatuan sesama muslimin.

Tarikh Bila Malam Nifsu Sya’ban 2020 1441H Di Malaysia Dan Amalan

Sebagai pengetahuan umum, Nisfu Sya’ban mengikut kalendar Masihi di Malaysia adalah pada 21 April 2019, Ahad bersamaan 15 Syaaban 1440 Hijrah ianya bermula sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib.

KIRAAN MALAM NISFU SYA’BAN 2019
Malam Nisfu Syaaban Waktu
20 April 2019 Sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib

Nisfu adalah dalam bahasa arab yang bermaksud kepada setengah atau separuh. Oleh itu, Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban dan untuk kiraan malam Nisfu Syaaban adalah, malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

LAMPIRAN KALENDAR ISLAM 1440-1441 HIJRAH / 2019 MASIHI (MALAYSIA)
PDFBuka Pautan Kalendar Bulan Islam 1440-1441 Hjrah (2019 Masihi)

Mengenai amalan di malam di Nisfu Syaaban pula, sebenarnya tidak ada amalan khusus yang ditetapkan, namun umat Islam boleh memanfaatkan keistimewaan ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti solat sunat, berdoa memohon keampunan, berzikir dan membaca Al-Qur’an.

VIDEO PENERANGAN MENGENAI KELEBIHAN DAN AMALAN DI MALAM NISFU SYAABAN

Dalam kesempatan umur yang ada jangan kita lupa memanjatkan doa kepada Allah SWT agar kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang mulia. Bulan di mana ibadat sunat diberi ganjaran fardu dan ibadat wajib diberi ganjaran yang berganda.

Close