Siaran langsung Malaysia vs Algeria Piala Thomas 2018

Skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia meneruskan cabaran Piala Thomas 2018 menentang Algeria dalam perlawanan kedua kumpulan D yang dijadual berlangsung pada hari Selasa 22 Mei 2018 di Impact Arena Bangkok, Thailand.

Pada kejohanan Badminton Piala Thomas 2018 menyaksikan undian meletakkan Malaysia dalam Kumpulan D yang turut dihuni oleh pasukan Denmark, Russia dan Algeria.

Skuad Piala Thomas kali ini diketuai jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersama pemain muda, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Leong Jun Hao.

Beregu lelaki dibarisi Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala Teo Ee Yi akan bergandingan dengan pemain profesional Mohd Arif Latif.

Saingan peringkat kumpulan buat pasukan Malaysia kali ini nampak mudah tetapi hakikatnya ia satu tanggungjawab yang berat.

Setiap negara pasti akan membariskan pemain terbaik mereka untuk muncul juara edisi kali ini.

Perlawanan pertama dalam kumpulan D yang berlangsung pada hari Isnin 21 Mei 2018 menyaksikan skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia berjaya menewaskan Russia dengan kemenangan 5-0.

Dalam pada itu, Denmark akan menjadi pencabar utama Malaysia dalam saingan Kumpulan D terutamanya untuk perebutan tempat bagi melangkah ke peringkat suku akhir selaku juara kumpulan.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS ALGERIA 22.5.2018 BADMINTON PIALA THOMAS 2018
Perlawanan badminton berpasukan lelaki saingan Piala Thomas 2018 membabitkan Malaysia menentang Algeria berlangsung di Impact Arena Bangkok, Thailand bermula pada jam 3:00 petang, Selasa mengikut waktu di Malaysia.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua peringkat kumpulan D badminton berpasukan lelaki Piala Thomas 2018 di antara pasukan Malaysia lawan (lwn) Algeria yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi permainan.
KEPUTUSAN MALAYSIA LWN ALGERIA – BADMINTON THOMAS CUP 2018
Malaysia 5 0  Algeria
Perseorangan (MS1) Game 1 Game 2 Game 3
Lee Zii Jia 21 21
 Youcef Sabri Medel 6 13
Perseorangan (MS2) Game 1 Game 2 Game 3
Iskandar Zulkarnain 21 21
 Abderrahime Belarbi 7 9
Perseorangan (MS3) Game 1 Game 2 Game 3
Leong Jun Hao 21 21
 Adel Hamek 13 8
Beregu (MD1) Game 1 Game 2 Game 3
Mohd Arif Latif | Teo Ee Yi 21 21
 Koceila Mammeri | Youcef Sabri 12 10
Beregu (MD2) Game 1 Game 2 Game 3
Aaron Chia | Soh Wooi Yik 21 21
 Abderrahime Belarbi | Adel Hamek 11 15
Close