Siaran langsung keputusan Malaysia vs China 26 Mac 2019 AFC U23

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 26 Mac 2019 jam 10:39 PM

result live malaysia china afc u23

Saingan pusingan kelayakan kejuaraan AFC B-23 kini telah memasuki perlawanan ketiga (terakhir) sambil menyaksikan pasukan Malaysia menentang China dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung buat kedua-dua pasukan pada hari Selasa, 26 Mac 2019.

Perlawanan terakhir kumpulan J ini merupakan misi penting buat pasukan Malaysia kerana hanya kemenangan sahaja yang dapat melayakkan Malaysia secara automatik ke pusingan akhir kejuaraan AFC B-23 di Thailand pada tahun hadapan.

Setakat dua perlawanan sebelum ini menyaksikan Malaysia dan China mengutip 6 mata selepas mencatat kemenangan keatas lawan masing-masing, namun China mendahului kumpulan J dengan kelebihan jaringan gol.

Berdasarkan format pertandingan, juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir secara automatik diikuti lima pasukan terbaik di tempat kedua.

Dalam pada itu, pertemuan terakhir kumpulan J membabitkan Malaysia dan China sememangnya menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong Malaysia yang mengharapkan skuad Harimau Muda dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Malaysia lwn China AFC U23

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan terakhir kumpulan J membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) China yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS CHINA 26.3.2019 AFC U-23
Aksi terakhir saingan kelayakan kejuaraan AFC U-23 melibatkan pasukan Malaysia melawan China berlangsung pada hari Selasa bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
PasukanMasa PenuhPasukan
Malaysia malaysia u2322china u23 China
Stadium Shah Alam
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 11′ Syahmi Safari
Penjaring Gol 55′ Danial Haqim
Zhang Yuning ’16 Penjaring Gol
Jiang 84′Penjaring Gol