Siaran langsung keputusan Malaysia vs Denmark Piala Thomas 2018

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

Skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia meneruskan cabaran Piala Thomas 2018 menentang Denmark dalam perlawanan terakhir kumpulan D yang dijadual berlangsung pada hari Rabu 23 Mei 2018 di Impact Arena Bangkok, Thailand.

Sebelum itu, Malaysia telahpun menempah slot suku akhir Piala Thomas 2018 selepas menewaskan Algeria 5-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D yang berlangsung pada hari Selasa.

Perlawanan menentang Denmark adalah misi penting buat skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia bagi menentukan siapa yang akan mara ke suku akhir Piala Thomas 2018 selaku juara kumpulan.

Denmark yang turun sebagai juara bertahan telah mempamer aksi cemerlang setakat ini dengan membelasah Algeria dan Rusia 5-0 dalam dua perlawanan sebelum ini.

Jika Malaysia muncul sebagai juara Kumpulan D, bermakna laluan lebih baik bakal menanti dalam suku akhir berbanding bergelar naib juara.

Pada kejohanan Badminton Piala Thomas 2018 menyaksikan undian meletakkan Malaysia dalam Kumpulan D yang turut dihuni oleh pasukan Denmark, Russia dan Algeria.

Skuad Piala Thomas kali ini diketuai jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersama pemain muda, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Leong Jun Hao.

Beregu lelaki dibarisi Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala Teo Ee Yi akan bergandingan dengan pemain profesional Mohd Arif Latif.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS DENMARK 23.5.2018 BADMINTON PIALA THOMAS 2018
Perlawanan badminton berpasukan lelaki saingan Piala Thomas 2018 membabitkan Malaysia menentang Denmark berlangsung di Impact Arena Bangkok, Thailand bermula pada jam 8:00 malam, Rabu mengikut waktu di Malaysia.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan terakhir peringkat kumpulan D badminton berpasukan lelaki Piala Thomas 2018 di antara pasukan Malaysia lawan (lwn) Denmark yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi permainan.
RESULTS MALAYSIA LWN DENMARK – BADMINTON THOMAS CUP 2018
Malaysia 23 Denmark
Perseorangan (MS1)Game 1Game 2
Lee Chong Wei2121
 Viktor Axelsen919
Beregu (MD1)Game 1Game 2Game 3
Goh V Shem | Tan Wee Kiong241515
 Mads Condrad | Mads Pieler 222121
Perseorangan (MS2)Game 1Game 2
Lee Zii Jia2121
 Hans-Kristian1818
Beregu (MD2)Game 1Game 2Game 3
Aaron Chia | Teo Ee Yi211018
 Mathias Boe | Christiansen 192121
Perseorangan (MS3)Game 1Game 2Game 3
Iskandar Zulkarnain211714
 Jan Ø. Jørgensen162121
Close