Siaran langsung Malaysia vs Fiji 5 Julai 2018 persahabatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:15 AM

Skuad Harimau Malaya melayani kunjungan pasukan Fiji untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A yang dijadual berlangsung pada hari Khamis, 5 Julai 2018.

Selepas aksi menentang Fiji, skuad kendalian Tan Cheng Hoe dijadualkan mengharungi lima lagi aksi persahabatan antarabangsa kelas A bertemu Taiwan (7 September), Kemboja (11 September), Sri Lanka (12 Oktober), Republik Kyrgyz (16 Oktober) dan Maldives (3 November).

Kesemua perlawanan ini sebagai persiapan skuad Harimau Malaysia bagi menghadapi saingan Piala AFF 2018 yang akan berlangsung bermula pada 8 hingga 15 Disember 2018.

Bagi saingan Piala AFF Suzuki 2018, pasukan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Mengenai aksi persahabatan menentang Fiji, peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS FIJI 5.7.2018 PERSAHABATAN
Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa kelas “A” melibatkan pasukan Malaysia melawan (lwn) Fiji berlangsung pada hari Khamis bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Fiji.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Malaysia10Fiji
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Penjaring GolPenjaring Gol
20′ Syafiq Ahmad