Siaran langsung keputusan Malaysia vs India 26 Mac 2019 hoki

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 17 Oktober 2019 jam 10:57 PM

result live malaysia india hockey

Saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 kini telah memasuki perlawanan ketiga sambil menyaksikan skuad hoki Malaysia menentang pasukan hoki India dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 26 Mac 2019.

Edisi kali ini, saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 tanpa kehadiran pasukan kelompok 10 teratas dunia, sekali gus menyaksikan Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk menamatkan kemarau 27 tahun muncul juara buat pertama kali pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah.

Pasukan yang dimaksudkan adalah Australia dan New Zealand. Dua negara ini merupakan antara pasukan handalan dunia yang terlibat dalam kejohanan World League FIH.

Ini bermakna, India yang menduduki ranking kelima senarai Persekutuan Hoki Dunia (FIH) akan menjadi pencabar terkuat buat skuad hoki Malaysia pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2019.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah jadi juara sepanjang 27 edisi kejohanan dan peminat hoki kebangsaan mengharapkan memanfaatkan peluang yang ada bagi mencipta sejarah baharu dalam pencapaian hoki Malaysia.

Skuad hoki Malaysia setakat ini menduduki tempat pertama dengan 6 mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut keatas pasukan Poland dan Jepun.

Apa pun seluruh peminat dan penyokong setia skuad hoki Malaysia mahu melihat kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi ketiga ini akan mempamerkan corak permainan konsisten tatkala beraksi menentang India dalam perlawanan ini.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Malaysia Lwn India Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019

Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini perlawanan ketiga saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) India yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS INDIA 26.3.2019 HOKI
Aksi tiga saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah melibatkan pasukan Malaysia melawan India berlangsung pada hari Selasa bermula pada jam 8:35 malam bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Pasukan8:35PMPasukan
Malaysia hoki malaysia..hoki india India
Stadium Hoki Sultan Azlan Shah
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring GolPenjaring Gol
LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDIA 26 MARCH 2019 HOKI
Aksi hoki membabitkan Malaysia menentang India turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena seawal jam 8:00 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya perlawanan ini dikongsikan secara siaran langsung atau live streaming di internet, InfoDWeb (IDW) akan sertakan pautan atau video langsung dalam ruangan di bawah.
VIDEO LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS INDIA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2019