Siaran langsung Malaysia vs Indonesia Piala Thomas 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:40 AM

Skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia meneruskan cabaran Piala Thomas 2018 menentang Indonesia dalam perlawanan peringkat suku akhir yang telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 24 Mei 2018 di Impact Arena Bangkok, Thailand.

Malaysia yang berada dalam kumpulan D mengiringi pasukan Denmark ke peringkat suku akhir selaku naib juara kumpulan selepas tewas tipis 2-3 kepada Denmark pada aksi kumpulan.

Manakala Indonesia pula layak ke suku akhir Piala Thomas 2018 sebagai juara kumpulan B apabila mengekalkan rekod bersih tiga kemenangan. Turut mengiringi Indonesia ke peringkat suku akhir adalah pasukan Korea Selatan selaku naib juara kumpulan B.

Berdasarkan undian peringkat suku akhir badminton Piala Thomas 2018, Malaysia terpaksa menempuh laluan berduri untuk melangkah ke separuh akhir apabila diundi menentang juara 13 kali, Indonesia.

Jika berjaya melepasi halangan Indonesia, cabaran getir turut menanti Malaysia pada peringkat separuh akhir apabila lawan yang menanti kemungkinan besar adalah China.

Skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia bagi saingan badminton Piala Thomas 2018 diketuai jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersama pemain muda, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Leong Jun Hao.

Beregu lelaki dibarisi Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala Teo Ee Yi akan bergandingan dengan pemain profesional Mohd Arif Latif.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS INDONESIA 24.5.2018 BADMINTON PIALA THOMAS 2018
Perlawanan badminton berpasukan lelaki saingan Piala Thomas 2018 membabitkan Malaysia menentang Indonesia berlangsung di Impact Arena Bangkok, Thailand bermula pada jam 8:00 malam, Khamis mengikut waktu di Malaysia.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan peringkat suku akhir badminton berpasukan lelaki Piala Thomas 2018 di antara pasukan Malaysia lawan (lwn) Indonesia yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi permainan.
RESULTS MALAYSIA LWN INDONESIA – BADMINTON THOMAS CUP 2018
Malaysia 13 Indonesia
Perseorangan (MS1)Game 1Game 2
Lee Chong Wei2121
 Anthony Sinisuka1916
Beregu (MD1)Game 1Game 2Game 3
Goh V Shem | Tan Wee Kiong192213
 Marcus Fernaldi | Kevin Sanjaya212021
Perseorangan (MS2)Game 1Game 2Game 3
Lee Zii Jia152113
 Jonatan Christie211121
Beregu (MD2)Game 1Game 2Game 3
Aaron Chia | Teo Ee Yi18219
 Fajar Alfian | Muhammad Rian211021
Perseorangan (MS3)Game 1Game 2Game 3
Iskandar Zulkarnain
 Ihsan Maulana