Siaran langsung Malaysia vs Republik Kyrgyz 16 Oktober 2018 persahabatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 06:14 AM

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi persahabatan antarabangsa kelas A yang kelima dengan menentang pasukan Republik Kyrgyz (Kyrgyzstan) dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 16 Oktober 2018.

Berdasarkan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pasukan Republik Kyrgyz merupakan lawan paling hebat berbanding dengan pasukan-pasukan lain yang terlibat dengan siri perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2018 .

Kyrgyzstan yang menghuni ranking ke-91 dunia berbanding Malaysia (171) dijangka memberi tentangan yang sengit meskipun perlawanan berlangsung di tempat lawan.

Perlawanan ini merupakan salah satu daripada enam perlawanan persahabatan kelas A yang dirancang untuk skuad kebangsaan sebagai persiapan bagi menghadapi aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 yang bermula 8 November ini.

Kesemua enam perlawanan persahabatan kelas A tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki kedudukan pasukan bola sepak Malaysia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Selepas ini, skuad Harimau Malaya akan berdepan satu lagi aksi persahabatan terakhir adalah menentang Maldives pada 3 November 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mengenai aksi persahabatan terkini menentang Kyrgyzstan, peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan.

REKOD KEPUTUSAN MALAYSIA INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH 2018
TarikhHomeResultAway
5 JulaiMalaysia 10 Fiji
7 SeptemberTaiwan 20 Malaysia
10 SeptemberKemboja 13 Malaysia
12 OktoberSri Lanka 14 Malaysia
16 OktoberMalaysia 01 Kyrgyzstan
3 NovemberMalaysia.. Maldives
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS REPUBLIK KYRGYZ 16.10.2018 PERSAHABATAN
Aksi persahabatan antarabangsa kelas A melibatkan pasukan Malaysia melawan Kyrgyzstan berlangsung pada hari Selasa bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A antara Malaysia lawan (lwn) Kyrgyzstan yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Malaysia 01 Kyrgyz
Stadium Hang Jebat, Melaka.
Penjaring GolFriendly MatchPenjaring Gol
Bekzhan 68′