Siaran langsung Malaysia vs Maldives 3 November 2018 persahabatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 06:03 AM

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi persahabatan antarabangsa kelas A yang keenam dengan menentang pasukan Maldives dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 3 November 2018.

Berdasarkan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pasukan Maldives merupakan lawan kedua terhebat selepas Kyrgyzstan berbanding dengan pasukan-pasukan lain yang terlibat dengan siri perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya sebagai persediaan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2018 .

Maldives yang menghuni ranking ke-151 dunia berbanding Malaysia (169) dijangka memberi tentangan yang sengit meskipun perlawanan berlangsung di tempat lawan.

Perlawanan ini merupakan salah satu daripada enam perlawanan persahabatan kelas A yang dirancang untuk skuad kebangsaan sebagai persiapan bagi menghadapi aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 yang bermula 8 November ini.

Kesemua enam perlawanan persahabatan kelas A tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki kedudukan pasukan bola sepak Malaysia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Mengenai aksi persahabatan terkini menentang Maldives, peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan.

REKOD KEPUTUSAN MALAYSIA INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH 2018
TarikhHomeResultAway
5 JulaiMalaysia 10 Fiji
7 SeptemberTaiwan 20 Malaysia
10 SeptemberKemboja 13 Malaysia
12 OktoberSri Lanka 14 Malaysia
16 OktoberMalaysia 01 Kyrgyzstan
3 NovemberMalaysia30 Maldives
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS MALDIVES 3.11.2018 PERSAHABATAN
Aksi persahabatan antarabangsa kelas A melibatkan pasukan Malaysia melawan Maldives berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A antara Malaysia lawan (lwn) Maldives yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Malaysia 30Maldives
Stadium Nasional Bukit Jalil
Penjaring GolFriendly MatchPenjaring Gol
16′ Zaquan Adha
81′ Safawi Rasid
90+4′ Sumareh