Siaran langsung keputusan Malaysia vs Nepal 2 Jun 2019 persahabatan

result live malaysia nepal friendly

Skuad Harimau Malaya (Malaysia) menerima kunjungan Nepal dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Ahad, 2 Jun 2019.

Perlawanan persahabatan ini adalah sebagai ujian buat skuad Harimau Malaya yang perlu mempersiapkan diri pada tahap terbaik untuk mengharungi aksi penting kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 berdepan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini.

Untuk aksi ini, skuad Harimau Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi meraih kemenangan dan mempamerkan corak permainan serta displin taktikal yang terbaik.

Namun, barisan pemain skuad Harimau Malaya tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Nepal malah mereka perlu berwaspada dan tidak alpa dengan ancaman barisan serangan Nepal yang berupaya mencipta kejutan dalam usaha mereka mahu kemenangan di tempat lawan.

Sebagai info, kedudukan ranking Nepal dalam carta FIFA jauh lebih baik dari Malaysia yang menyaksikan Nepal menghuni kedudukan 161 manakala Malaysia pula di kedudukan 168.

Dalam pada itu, aksi persahabatan membabitkan Malaysia dan Nepal pasti menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Malaysia lwn Nepal Persahabatan

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan antarabangsa 2019 membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Nepal yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS NEPAL 2.6.2019 PERSAHABATAN
Aksi persahabatan antarabangsa 2019 melibatkan pasukan Malaysia melawan Nepal berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
Malaysia fam 2 0 nepal football Nepal
Stadium Nasional Bukit Jalil
Penjaring Gol Penjaring Gol
Penjaring Gol 51′ Safawi Rasid
Penjaring Gol 82′ Shahrul Saad
 
Close