Siaran langsung Malaysia vs Russia Piala Thomas 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:42 AM

Skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia memulakan cabaran Piala Thomas 2018 menentang Russia dalam perlawanan pertama kumpulan D yang dijadual berlangsung pada hari Isnin 21 Mei 2018 di Impact Arena Bangkok, Thailand.

Pada kejohanan Badminton Piala Thomas 2018 menyaksikan undian meletakkan Malaysia dalam Kumpulan D yang turut dihuni oleh pasukan Denmark, Russia dan Algeria.

Skuad Piala Thomas kali ini diketuai jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersama pemain muda, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Leong Jun Hao.

Beregu lelaki dibarisi Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala Teo Ee Yi akan bergandingan dengan pemain profesional Mohd Arif Latif.

Saingan peringkat kumpulan buat pasukan Malaysia kali ini nampak mudah tetapi hakikatnya ia satu tanggungjawab yang berat.

Setiap negara pasti akan membariskan pemain terbaik mereka untuk muncul juara edisi kali ini.

 KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS RUSSIA 21.5.2018 BADMINTON PIALA THOMAS 2018
Perlawanan badminton berpasukan lelaki saingan Piala Thomas 2018 membabitkan Malaysia menentang Rusia berlangsung di Impact Arena Bangkok, Thailand bermula pada jam 10:00 pagi, Isnin mengikut waktu di Malaysia.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan peringkat kumpulan D badminton berpasukan lelaki Piala Thomas 2018 di antara pasukan Malaysia lawan (lwn) Russia yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi permainan.
KEPUTUSAN MALAYSIA LWN RUSSIA – BADMINTON THOMAS CUP 2018
Malaysia 50 Russia
Perseorangan (MS1)Game 1Game 2Game 3
 Lee Chong Wei2121
 Vladimir Malkov96
Beregu (MD1)Game 1Game 2Game 3
 Goh V Shem | Tan Wee Kiong2121
 Vladimir Ivanov | Ivan Sozonov1819
Perseorangan (MS2)Game 1Game 2Game 3
 Lee Zii Jia2121
 Sergey Sirant1316
Beregu (MD2)Game 1Game 2Game 3
 Aaron Chia | Teo Ee Yi2121
 Evgenij Dremin | Denis Grachev169
Perseorangan (MS3)Game 1Game 2Game 3
 Iskandar Zulkarnain2121
 Rodion Alimov912