Siaran langsung Malaysia vs Thailand 5 Disember 2018 Piala AFF Suzuki

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:41 AM

Skuad Harimau Malaya bertandang ke Thailand bagi meneruskan aksi separuh akhir kedua (2) menentang pasukan tuan rumah, Thailand dalam perlawanan timbal balik yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 5 Disember 2018.

Aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember 2018 menyaksikan Malaysia dan Thailand sekadar terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Keputusan pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 memberi kelebihan kepada juara bertahan Thailand apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri sekali gus mempunyai peluang untuk mencipta kemenangan.

Atas kertas, memang Thailand mempunyai peluang untuk menewaskan Malaysia, tetapi apa sahaja boleh terjadi apabila di atas padang sekiranya setiap pemain skuad Harimau Malaya memberi komitmen sepenuhnya untuk mencari kemenangan untuk mara ke final Piala AFF Suzuki 2018.

Terdahulu, pasukan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 selaku pasukan kedua kumpulan A dengan kutipan 9 mata sepanjang mengharungi empat perlawanan peringkat kumpulan.

Kemaraan skuad Harimau Malaya ke separuh akhir ditentukan dalam perlawanan terakhir kumpulan A menerusi kemenangan 3-0 keatas Myanmar.

Manakala juara bertahan Piala AFF Suzuki musim lalu, Thailand dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimiliki melangkah ke separuh akhir apabila muncul juara kumpulan B dengan kutipan 10 mata selepas menewaskan Singapura dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Skuad Harimau Malaya perlu memanfaatkan sepenuhnya aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 kerana, tiada pilihan selain kemenangan untuk layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS THAILAND 5.12.2018 PIALA AFF SUZUKI
Aksi separuh akhir kedua (2) Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan pasukan Thailand melawan Malaysia berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 8:00 malam mengikut waktu di Malaysia bertempat di Stadium Rajamangala, Bangkok
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan separuh akhir 2 dan keputusan aggregate Piala AFF Suzuki 2018 antara Thailand lawan (lwn) Malaysia yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
HomeMasa PenuhVisitor
Thailand22Malaysia
Bukit Jalil National Stadium
ScorerSemi Final 2Scorer
21′ Irfan Zakaria (OG)
64′ Chalermpong
 Syahmi Safari 28′
Norshahrul 71′
Aggregate
Thailand22Malaysia
SENARAI 23 PEMAIN MALAYSIA – PIALA AFF SUZUKI 2018 
Penjaga Gol 
Farizal Marlias (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)
Pertahanan
Aidil Zafuan Abd. Radzak, Adam Nor Azlin (JDT), Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Syahmi Safari (Selangor)
Tengah
Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT); Muhammad Akram Mahinan (Kedah); D. Kenny Pallraj (Perak), Muhammad Safawi Rasid (JDT); Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Mohamadou Sumareh (Pahang)
Penyerang
Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima)