Siaran langsung keputusan Malaysia vs Timor Leste 11 Jun 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 4 Oktober 2019 jam 05:31 PM

live result malaysia timor leste

Skuad Harimau Malaya (Malaysia) meneruskan aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022-Piala Asia 2023 menentang Timor Leste bagi perlawanan timbal balik yang telah dijadual berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Selasa 11 Jun 2019.

Perlawanan kedua dengan Timor Leste sebagai tuan rumah akan berlangsung di venue sama, di mana Malaysia perlu mengesahkan kemenangan mutlak untuk mara ke pusingan kedua.

Sebagai info, enam pemenang daripada pusingan pertama termasuk pemenang play-off antara Malaysia dan Timor Leste, akan menyertai 34 pasukan ranking teratas di Asia pada pusingan kedua termasuk penyandang juara Piala Asia, Qatar, selaku tuan rumah Piala Dunia 2022.

Seterusnya, pusingan kedua September ini bakal menyaksikan 40 pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan juara kumpulan dan empat pasukan kedua terbaik, layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan slot automatik ke Piala Asia 2023.

Terdahulu, pada aksi pertama tempoh hari, Malaysia telah membelasah Timor Leste dengan kemenangan 7-1, sekali gus menyaksikan Timor Leste gagal menandingi percaturan jurulatih Tan Cheng Hoe apabila Malaysia menguasai perlawanan sepenuhnya serta membawa bekalan selesa ke perlawanan kedua ini

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Malaysia lwn Timor Leste

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022-Piala Asia 2023 bagi perlawanan kedua (timbal balik) membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Timor Leste yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS TIMOR LESTE 11.6.2019 
Aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022-Piala Asia 2023 bagi perlawanan timbal balik melibatkan pasukan Malaysia melawan Timor Leste berlangsung pada hari Selasa bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Timor Leste timor leste15fam Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 72′Shahrel Fikri  64′ 17′ ,11′ Penjaring Gol
 Sumareh 37′ Penjaring Gol
Akhyar Rashid 55′ Penjaring Gol
InfoMalaysia menang aggregate 12 – 2 dan layak ke pusingan kedua