Siaran langsung keputusan Malaysia vs Vietnam 10 Oktober 2019

live malaysia vs vietnam 2019

Pasukan Malaysia dan Vietnam kini membuat perhitungan pada perlawanan ketiga buat Malaysia dan kedua untuk Vietnam dalam saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 bagi Kumpulan G.

Terdahulu, kejayaan Malaysia menewaskan Indonesia dengan jaringan 3-2 pada aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/2023 disifatkan satu permulaan yang sempurna buat skuad Harimau Malaya namun momentum kemenangan tersebut gagal diteruskan apabila tewas 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan kedua.

Begitupun, seluruh penyokong dan peminat setia sudah semestinya mahu pemain skuad Harimau Malaya segera mengalihkan fokus kepada pertemuan ketiga menentang Vietnam dalam perlawanan ini.

Selain itu, skuad Harimau Malaya perlu mengambil iktibar terhadap kekalahan ketika menentang UAE sebelum ini dengan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada. Banyak lagi cabaran dan halangan perlu skuad Harimau Malaysia hadapi jika ingin layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dan pusingan seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2022.

Sehubungan dengan itu, fokus kini perlu dialihkan segera untuk perlawanan bertemu Vietnam dan sudah tentu penyokong mengharapkan momentum kemenangan dapat diteruskan kembali oleh skuad Harimau Malaya.

Apa yang pasti, tumpuan utama Malaysia adalah kepada percaturan pasukan bagi melengkapkan misi meraih tiga mata berharga dalam perlawanan ini.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Malaysia Lwn Vietnam Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ketiga kumpulan G  pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Vietnam yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS VIETNAM 10.10.2019 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 / PIALA ASIA 2023
Aksi ketiga pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 bagi kumpulan G melibatkan pasukan Malaysia melawan Vietnam berlangsung pada hari Khamis bermula pada jam 9:00 malam mengikut waktu Malaysia bertempat di Stadium My Dinh, Hanoi.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
Vietnamvietnam wc 1 0 malaysia wcMalaysia
 Stadium My Dinh, Hanoi
Penjaring Gol Penjaring Gol
Penjaring Gol 40′ Quang Hai  Penjaring Gol
LIVE STREAMING MALAYSIA VS VIETNAM 10 OKTOBER 2019 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 / PIALA ASIA 2023
Aksi membabitkan Malaysia menentang Vietnam turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena dan RTM TV1 HD seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Sekiranya perlawanan ini turut dipancarkan secara siaran langsung atau live streaming di Youtube atau Facebook, Infodweb (IDW) akan sertakan pautan atau video langsung dalam ruangan di bawah.
VIDEO LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS VIETNAM 2019
Close